Tip Jalan-Jalan

Penting! Semuanya tentang Japan Rail Pass (JR Pass)

Ditulis oleh: Farah Fazanna Zulzaha

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

Samada sakura, makanan atau budaya, semua orang pasti jatuh cinta dengan negara matahari terbit, Jepun. Bagi yang baru ingin menjejakkan kaki ke sini atau tidak pandai bertutur dalam bahasa Jepun, melihat rangkaian kereta api yang banyak di Jepun pasti agak menggentarkan, terutama sekali jika anda mahu pergi dari satu bandar ke bandar yang lain.

Di sinilah datangnya kegunaan penting Japan Rail Pass (lebih dikenali sebagai JR Pass). Pas ini selalunya dibeli sebelum perjalanan mereka ke negara ini. Tapi perlu tak anda dapatkan pas ini? Tak perlu buat kajian terlalu banyak, dalam artikel ini, kami senaraikan secara ringkas apa yang perlu anda tahu. Selamat membaca!

 

Apa itu Pas JR?

Kredit: Chomphuphucar / Shutterstock.com

Secara ringkasnya, ia adalah pas pengangkutan awam yang menggunakan rangkaian Japan Rail (JR). Terdapat dua kategori untuk dipilih mengikut stail perjalanan anda: Ordinary atau Green Car.

Pas Biasa atau Ordinary memberikan akses untuk semua gerabak kereta api JR, kecuali Green Car. Pada pendapat kami, ia mencukupi untuk keperluan perjalanan anda kerana kereta api di Jepun secara amnya bersih dan selesa. Tapi, jika anda mahu berbelanja lebih, dapatkan pas Green Car untuk pengalaman kelas pertama. Anda akan mendapat ruang yang lebih besar, kerusi boleh baring dan ruang kaki yang lebih besar. Sesuai untuk berehat selepas seharian menjelajah bandar itu!

Pas JR juga tersedia untuk tempoh sah perjalanan 7 hari, 14 hari atau 21 hari.Dengan cara ini, anda boleh mengatur itinerari anda lebih awal, mengikut tempoh sah Pas JR anda.

 

Adakah saya layak untuk membeli Pas JR?

Kredit: Witaya ratanasirikulchai/Shutterstock.com

Jika anda:

  • Jika anda bukan rakyat Jepun yang melawat Jepun sebagai pelancong atau dengan satus “Pelawat Sementara”.
  • Warganegara Jepun yang merupakan Penduduk Tetap negara lain.
  • Warganegara Jepun yang berkahwin dengan warganegara lain dan menetap di luar Jepun.

Jawapannya ya, anda boleh menggunakan Pas JR!

Tetapi jika anda:

  • Warganegara Jepun.
  • Warga asing yang melawat dengan tujuan selain melancong (contohnya kerja, ketenteraan, diplomatik, budaya, kajian, dan lain-lain).
  • Pemegang visa jangka panjang (contohnya pelajar, pengajar atau bekerja).

Maaf ya. Anda tidak sesuai untuk membeli pas ini.

 

Apakah laluan termasuk dalam Pas JR?

Pas JR membolehkan anda untuk menaiki kebanyakan kereta api yang melalui rangkaian kereta api JR, termasuklah laluan serantau seperti:

  • JR Kyushu
  • JR East
  • JR West
  • JR Center
  • JR Shikoku
  • JR Hokkaido

Anda juga akan mendapat akses ke kereta api tempatan dan ekspres, dan shinkansen bagi aliran Hikari atau Sakura sahaja.

Pas JR  tidak meliputi seperti yang berikut:

  • Laluan kereta persendirian yang tidak dikendalikan oleh JR;
  • Kereta api laju Nozomi dan Mizuho shinkansen
  • Kereta api bawah tanah antara bandar / trem;
  • Gerabak tidur / gerabak swasta dalam kereta api malam;
  • Kompartmen khas yang mempunyai caj tambahan.

 

Bagaimana untuk membeli Pas JR?

Poole, UK – September 8, 2015: An official Japan Rail Pass document and 10,000 Yen Japan currency. The Japan Rail Pass is a document provided to tourists for access to the trains in Japan.

Anda boleh membeli Pas JR di laman web Traveloka, laman mudah alih dan App sekurang-kurangnya empat hari kalendar sebelum tarikh berlepas anda. Pesanan Pertukaran JR Pas (EO)  atau JR Pass Exchange Order (EO) anda boleh dihantar ke alamat rumah anda di Malaysia atau anda boleh mengambil EO anda di mana-mana lokasi di bawah:

  • KLIA, Balai Ketibaan Tingkat 3 di dalam Kedai Hotlink Maxis
  • KLIA 2, Balai Ketibaan Tingkat 2, L2-73A, di dalam Kedai Tune
  • Lapangan Terbang Pulau Pinang, Balai Ketibaan Aras 1, Gerai Hotlink
  • Cawangan Johor Bahru- No. D-1-3 Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru,
  • Cawangan Kota Kinabalu – Lot 9, Tingkat 2, Blok A, Damai Plaza Fasa 1, Luyang, 88300 Kota Kinabalu

EO tersebut sah selama tiga bulan dari tarikh ia dicetak. Kami mengesyorkan kepada anda untuk membeli Pas JR sekurang-kurangnya sebulan sebelum perjalanan anda, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mengambil EO anda atau menerimanya melalui pos.

Petua Pro: Pastikan untuk memasukkan nama penuh anda (seperti yang ditertera dalam pasport anda) semasa menempah Pas JR anda.

 

Jadi, saya sudah membeli Pas JR. Bagaimana untuk menggunakannya?

Apabila anda tiba di Jepun, tunjukkan EO untuk menebus pas JR anda di Pejabat Kereta api Jepun (tersedia di lapangan terbang Jepun dan stesen kereta api utama). Anda akan diminta untuk mengisi borang dengan butir-butir anda dan tunjukkan cop kebenaran masuk dalam pasport anda  kepada pegawai yang bertugas.

Anda kemudian akan diminta untuk memilih tarikh mula untuk pas tersebut. Sebaik sahaja memilih, Pas JR akan sah untuk bilangan hari yang dipilih bermula dari tarikh sah permulaan pas.

Untuk menggunakan Pas JR, tunjukkan saja pas anda kepada kakitangan yang duduk berhampiran pintu masuk. Senang kan!

 

Bolehkah saya menggunakan Pas JR untuk pengangkutan (kereta api) lapangan terbang?

Ya, anda boleh! Sebaik sahaja anda mendapat Pas JR anda di lapangan terbang, anda boleh menaiki Narita Express (a.k.a N’EX) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke stesen Tokyo, Shinagawa, Shinjuku dan Ikebukuro. Bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan Laluan JR di Keisei Skyliner yang menghubungkan Lapangan Terbang Narita ke Tokyo.

Sekiranya anda turun di Lapangan Terbang Haneda, anda boleh menaiki Tokyo Monorail yang menghubungkan ke Stesen Hamamatsucho, yang merupakan stesen keretapi utama di Tokyo.

Jika anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, anda boleh menaiki kereta api ekspres terhad Haruka dari lapangan terbang ke Osaka atau Kyoto.

Walau bagaimanapun, jika anda keluar di Lapangan Terbang Fukuoka, anda perlu pergi ke Stesen Hakata, stesen terdekat dari lapangan terbang melalui metro, untuk mendapatkan Pas JR anda.

 

Bolehkah saya menempah tempat duduk di kereta api JR?

Kredit: Savvapanf Photo/Shutterstock.com

Ya awak boleh! Cuma tunjukkan JR Pass anda di mana-mana Pejabat Tiket JR untuk menempah kerusi untuk perjalanan kumpulan. Tempahan dalam talian juga mungkin, tetapi hanya jika anda memahami bahasa Jepun.

 

Jadi..berbaloi tak untuk membeli Pas JR?

Sekiranya anda merancang untuk melakukan perjalanan dari bandar ke bandar yang ke berbeza di Jepun, semestinya berbaloi! Pas ini bukan sahaja mengurangkan tekanan (kurang sakit kepala memikirkan rangkaian kereta api yang rumit di Jepun), tetapi juga berguna untuk perjalanan jarak jauh kerana rangkaian kereta api biasanya dikendalikan oleh JR.

Laluan JR juga merupakan pilihan terbaik jika anda merancang untuk menggunakan shinkansen. Harga tambang tetap pergi-balik shinkansen akan lebih mahal daripada Pas JR. Oleh kerana Pas JR juga menawarkan perjalanan tanpa had dalam rangkaian lain, anda akan boleh jimat lebih lagi!

Tidak perlu risau lagi tentang perjalanan ke Jepun, dan bersedia untuk jatuh cinta dengan omotenashi Jepun (layanan baik)!

______________________________________________________________________

Nikmati perjalanan tanpa tekanan ke Jepun dan dapatkan Pas JR di Traveloka dengan tawaran hebat kami!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share