0

Traveloka MY

12 Aug 2017 - 3 min read

Jakarta & Pulau Pinang: Mewarnai bandarnya dengan identiti tersendiri

Kalau anda tinggal dan bekerja di bandar, pastinya anda ada hubungan benci tapi cinta dengan bandar yang anda diami.

Melawat bandar lain di negara lain, tentulah ceritanya 100% berlainan.

Sama ada bahasa asing atau makanan tempatan yang begitu asing bagi kita, pasti ada saja sesuatu yang menarik untuk temui apabila anda meneroka sesuatu negara itu.

Jika anda suka menjelajah ke hutan konkrit yang sibuk dan membongkar rahsia yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan, maka Pulau Pinang dan Jakarta adalah dua bandar yang patut anda kunjungi.

Keajaiban apa yang akan anda temui di kedua-dua bandar ini? Kami ada jawapannya di sini:

Jakarta

Selamat datang ke Durian Besar! Dengan populasi lebih daripada 10 juta orang, ini adalah bandar terbesar di Asia Tenggara dan penuh dengan keseronokan.

Bagi mengelak daripada meluangkan terlalu banyak masa dalam kesesakan lalu lintas di Jakarta (lebih dikenali sebagai macet), cuba naik ojek (teksi berbentuk motosikal) dan menyusur bebas sambil melihat apa yang bandar ini tawarkan:

Lihat & lakukan:

Membeli-belah

Terdapat lebih daripada 170 pusat membeli-belah dalam bandar Jakarta sahaja (antara paling banyak di dunia!), Jakarta semestinya mimpi jadi nyata bagi shopaholic.

Kebanyakan penduduk Jakarta tidak suka bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain kecuali mereka perlu keran trafik yang begitu teruk di bandar itu, jadi pusat membeli-belah yang banyak inilah tempat untuk anda mendapat segalanya, hiburan, restoran dan tempat bersuka ria.

Lihat Plaza Senayan, Grand Indonesia Shopping Town, dan Mal Taman Anggrek.

Menghargai warna-warni muzik, budaya dan seni

Rakyat Indonesia kreatif orangnya, jadi tak hairanlah jika Jakarta menjadi pusat bagi pemuzik dan artis yang baru berkembang.

Jika anda penggemar budaya, pastikan anda mendengar muzik live atau melawat galeri seni tempatan.

Lihat acara tahunan Jakarta International Java Jazz Festival, BlackCat Jazz & Blues Club, BIASA ArtSpace Jakarta, dan Galeri Hadiprana.

Latihan violin di Taman Suropati Menteng. Sumber: GeorginaCaptures / Shutterstock.com

Berhibur sepanjang malam

Rakyat Jakarta kuat bekerja dan kuat berhibur, jadi habis saja waktu bekerja,mereka pastinya meluangkan masa untuk berhibur dan melepak bersama kawan-kawan.

Terdapat banyak pilihan tempat hiburan lewat malam yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

Lihat Lucy in the Sky, Fable, and Skye Bar.

Pulau Pinang

Kuil Kek Lok Si bercahaya dengan pertunjukkan bunga api di George Town, Pulau Pinang.

Pulau Pinang ialah tempat paling sesuai untuk pengembara yang gilakan makanan kerana kepelbagaian makanan di jalanan yang banyak di bandar ini.

Gabungan kontras antara lama dan baru, bandar dan alam semula jadi. Di sini, anda boleh melihat kemajuan hipster yang hebat berdekatan dengan rumah suku Cina yang megah.

Ibu kota negeri itu, George Town, disenaraikan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO, dan antara Peranakan yang masih bertahan sehingga kini (juga dikenali sebagai komuniti Baba Nyonya).

Lihat & lakukan:

Jelajah jalanan untuk mencari mural tersembunyi

Pada 2012, George Town telah membenarkan artis kontemporari bernama Ernest Zacharevic untuk menghidupkan semula jalan-jalan yang suram dengan menggabungkan hasil seni yang begitu mempesonakan.

Hasil-hasil seni tersebut kini masih menjadi tarikan pelancong dan telah memberi inspirasi kepada artis lain untuk menambah kerja seni mereka ke dalam koleksi yang sedia ada.

Anda boleh mencari peta petunjuk arah untuk semua hasil seni tersebut di Pelancongan Pulau Pinang. Anda boleh menyewa basikal atau berjalan kaki untuk mencari mural-mural tersembunyi itu.

Makan di kedai-kedai makan tempatan

Kami memang maksudkannya kalau kami kata Pulau Pinang ada makanan di jalanan yang sangat sedap.

Jika anda mahu cuba yang terbaik, tempat paling sesuai ialah di gerai-gerai makan yang menawarkan makanan seperti kuey teow, rojak pasembur, dan satay.

Lihat New Lane, Gurney Drive, dan Food Court Pantai Panjang.

Gerai makan di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang. Sumber: Elena Ermakova / Shutterstock.com

Kembali ke masa silam

Sejarah Pulau Pinang sememangnya panjang, jadi jika anda sukakan sejarah, inilah tempat yang sesuai. Tapi walaupun anda bukan peminat sejarah, kisah silam, artifak lama dan pelbagai lagi tetap akan menarik minat anda.

Berterima kasihlah kepada negeri ini yang masih memelihara budaya, warisan dan tinggalan sejarah yang berwarn-warni.

Lihat Kuil Kek Lok Si, Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Blue Mansion), dan Kubu Cornwallis.

Sedia untuk kunjungi kafe dan lihat seni bina luar biasa di Jakarta dan Pulau Pinang? Lihat promosi-promosi terbaru kami untuk kod kupon eksklusif! Lebih jimat apabila anda menempah hotel dan penerbangan anda ke bandar-bandar ini di Traveloka App.

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka