Itinerari 4H3M mesra Muslim di Taipei

Itinerari 4H3M mesra Muslim di Taipei

 

Ditulis oleh: Farah Hanan Azahar

Ilustrasi oleh: Julia Tan

 

Bandar Taipei bukan sahaja terkenal kerana dunia kulinarinya yang meriah dengan makanan jalanan tempatan, atau sebagai salah satu destinasi membeli-belah kegemaran di Asia. Malah, metropolitan ini menyimpan pelbagai khazanah menarik, antaranya termasuklah keindahan alam, serta warisan kebudayaan yang boleh dilihat di tapak-tapak bersejarah sekeliling bandar. 

Tidak dinafikan, Taipei adalah bandar yang luas untuk diterokai. Anda memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mencuba semua pengalaman popular di sini dengan lebih selesa. Tetapi, jika anda hanya ingin menjejakkan kaki ke Taipei untuk menikmati pemandangan, bergambar ataupun bersiar-siar, semuanya boleh dilakukan dalam 4 hari yang penuh dengan pengembaraan.

Mulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang menyediakan kemudahan mesra Muslim. Walaupun pilihan restoran halal di bandar Taipei agak terhad, jangan risau — muat turun saja itinerari ini sebagai tips pengembaraan mesra Muslim anda di Taipei! 

_________________________________________________________________________

Dengan banyak aktiviti untuk dilakukan dan makanan yang boleh dinikmati, merancang perjalanan anda ke bandar baru boleh menjadi rumit. Nantikan itinerari kami yang terbaru untuk memudahkan perancangan percutian anda!

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share