0

Traveloka MY

02 Aug 2017 - 5 min read

Boracay, Langkawi & Phuket: Fantasi syurga dunia anda akan jadi nyata di sini

Bayangkan diri anda bersenang-lenang pada pagi Ahad di sebuah pantai yang damai. Atau terbang tinggi dengan angin memukul lembut wajah anda ketika anda membelah awan dengan parasail. Atau menari rancak di bawah ribuan bintang-bintang yang menyinari di angkasa.

Adakah ini kedengaran mempesonakan bagi anda?

Jadi anda perlukan percutian di pulau yang indah.

Nasib baiklah, Asia Tenggara ada banyak pilihan destinasi pulau-pulau untuk anda pilih, bermula daripada tempat berparti seperti Phuket dan Boracay untuk berehat seperti Langkawi.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk meluangkan masa anda, di sini ada lima perkara yang perlu anda buat ketika anda berada di pulau-pulau ini:

1. Rehatkan diri di pantai yang tersembunyi

Jangan hadkan diri anda - luaskan lagi destinasi percutian anda ke pulau yang terpencil lagi indah. Sertai jelajah pulau-pulau dan lagun untuk berpeluang bersnorkeling, atau mungkin juga merentas hutan.

Di Boracay, dinamakan sebagai destinasi “White Beach”, pantai ini banyak menarik pengunjung datang, menaiki bot mengelilingi pulau dan pantai berpasir putih yang masih terpelihara, seperti Pantai Puka Shell, Pantai Tambisan, dan Pantai Ilig-iligan. (Kadar: P1,000 hingga P3,500 - bergantung pada jadual perjalanan dan sama ada anda mengambil pelancongan bersendirian atau berkongsi.)

Jika anda ada bajet lebih, sertai jelajah pulau ke pulau yang cara yang lebih unik: di Langkawi, anda boleh menaiki jetski untuk menjelajah ke kawasan batu kapur dan pantai yang tersembunyi daripada pelancong. Setiap pakej pelancongan ini selama empat jam, dengan harga bermula dari RM600.

Jika Phuket terlalu sesak untuk anda, larikan diri ke mana-mana pulau yang lebih kecil dan boleh diakses menggunakan bot. Phang Nga Bay, Pulau Phi-phi, Kepulauan Rok dan Kepulauan Similan adalah pulau yang patut dikunjungi untuk pelancongan anda pada siang hari. Bergantung pada lokasi yang anda pilih dan sama ada ia adalah pakej setengah hari atau sehari, kadarnya adalah antara THB1,600 hingga THB3,700.

2. Menyelam untuk menikmati syurga bawah air

Snorkeling di Laut Andaman.

Jika snorkeling tidak mencukupi untuk anda dan anda ingin menemui permata lautan yang lebih unik di bawah laut, maka anda memang berada di tempat yang betul, kerana Boracay, Langkawi, dan Phuket dikelilingi oleh kawasan menyelam yang berwarna-warni.

Tapi, jika anda tidak mempunyai lesen menyelam, anda perlu menjalani kursus pengenalan. Kursus untuk yang baru bermula berlangsung selama 3-4 jam dan biasanya termasuk dengan panduan menyelam. Anda akan dapat mencari Nemo dan Dory dalam masa yang singkat!

Ia juga penting untuk mempunyai di sisi anda, kerana cuaca buruk seperti hujan akan menjejaskan kejernihan air.

Di Boracay, Yapak adalah tapak menyelam yang paling terkenal, penuh dengan kehidupan di bawah air.

Laut Andaman juga merupakan rumah bagi banyak tapak menyelam bertaraf dunia, jadi jika anda melawat Phuket, pastikan anda pergi ke Hin Daeng dan Hin Muang, atau Richelieu Rock, di mana anda boleh mencari jerung harimau dan jerung paus.

Untuk menyelam berhampiran Langkawi, anda perlu pergi sejauh kira-kira 30 kilometer ke selatan pulau itu ke Taman Laut Pulau Payar, yang mempunyai banyak tempat menyelam yang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti menyelam. Terumbu buatan di Kaca Sunken Wrecks juga mempunyai formasi batu karang yang menarik.

3. Bersedia untuk mencuba aktiviti yang mencabar

Parasailing di Pantai Tengah. Sumber: Nataliia Sokolovska / Shutterstock.com

Ada pantai, adalah pelbagai aktiviti sukan air yang ekstrem mahupun yang relaks.

Selalunya, tidak susah untuk mencari pengendali aktiviti-aktiviti ini seperti parasailing, permainan banana boat, dan ATV, kerana mereka akan menghampiri anda ketika anda berjalan di kawasan pantai tersebut. Tapi, jika anda takut ditipu atau pengendali itu tidak sah, pastikan anda mencari dan menempah secara atas talian dahulu.

Pantai Bulabog di Boracay ialah hub kepada aktiviti air di pulau itu. Jika anda tidak takut ketinggian, anda boleh buat terjunan dari tebing Ariel’s Point. Terdapat beberapa platform bermula daripada 3 meter hingga 15 meter, untuk memudahkan anda memilih mengikut keselesaan anda.

Mahu sedikit cabaran? Pergi ke Skytrex Adventure Langkawi, sebuah taman pengembaraan luar di hutan hujan. Anda boleh memanjat, mengayun, dan merangkak melalui pelbagai rintangan yang berbeza-beza yang disediakan.

Di Phuket, kitesurfing dan stand-up paddle boarding sangat disukai di sana, jadi cubalah!

4. Terpesona dengan pemandangan yang memberi inspirasi

Nikmati sukan air - paraw menuju ke laut semasa matahari terbenam. Sumber: Marco Bicci / Shutterstock.com

Bagi mengetahui permata tersembunyi di pulau-pulau ini, pastikan anda bersiar-siar untuk menikmati pemandangan matahari, pasir, laut, dan hutan yang indah.

Anda boleh melihat matahari terbenam yang menakjubkan di Boracay dengan mencuba paraw (bot layar). Pemandangan yang memukau ketika waktu ini cukup sempurna walaupun anda hanya duduk dan berjemur di bawah sinaran matahari yang hampir terbenam sambil dibuai oleh ombak yang memukul lembut bot anda.

Untuk melihat pemandangan dari atas di Langkawi, naik kereta kabel di Skycab atau berjalan di sepanjang Skybridge. Jika anda seorang pencinta alam semulajadi, cuba menaiki bot ke Kilim Karst Geoforest Park.

Untuk pemandangan panoramik di Phuket, naik ke Karon Viewpoint, yang menghadap ke Laut Andaman dan pantai bersih. Ia juga dikenali sebagai Three Beach Viewpoint, kerana anda dapat melihat Pantai Kata Noi, Pantai Kata Yai, dan Pantai Karon dari Karon Viewpoint.

5. Makan seperti orang tempatan

Apabila anda melancong ke Asia Tenggara, merasa makanan tempatan memang PERLU. Pasar malam, khususnya, adalah antara tempat terbaik untuk mencuba pelbagai jenis makanan jalanan.

Di Langkawi, terdapat pasar malam setiap malam dari jam 7 hingga 10 malam. Tetapi selalunya lokasi pasar malam ini berubah-ubah. Jadi pastikan anda semak dulu dengan hotel anda sebelum anda keluar.

Phuket terkenal dengan kehidupan malam yang sibuk dan pasarnya yang tidak kurang hebatnya. Malin Plaza berhampiran Pantai Patong adalah pertaruhan terbaik untuk makan yang enak, tetapi terdapat juga Pasar Chillva, yang mempunyai lebih daya tarikan.

Di Boracay, semua orang pernah mendengar tentang Pasar D'Talipapa - sebuah ‘syurga’ untuk makanan laut segar yang mana anda boleh mendapatkan udang terbesar dan terbesar. Tetapi untuk mendapatkan harga yang terbaik, anda lebih baik cuba tawar-menawar!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka