Tip Jalan-Jalan

Tips: 6 aplikasi percuma setiap pelancong Muslim perlu download

Apabila mengunjungi destinasi asing dengan penduduk majoriti bukan Islam, ternyata ia sedikit mencabar bagi pelancong Muslim untuk menikmati pengalaman tempatan tanpa kebimbangan. Membaca papan tanda saja pun dah pening, inikan pula memberanikan diri untuk mencuba makanan tempatan yang belum tentu halal, betul? 

Zaman moden ini, anda tidak patut berasa terhalang untuk meneroka benda-benda baru kerana terdapat bermacam jenis rekaan aplikasi percuma yang mudah diakses menggunakan smartphone. Daripada menterjemah bahasa, mencari aktiviti berhampiran, tempat makan halal dan lokasi masjid terdekat, berikut adalah beberapa aplikasi percuma yang sesuai untuk panduan pengembaraan halal: 

 

1. Google Translate

Kredit: App Store

Melihat menu ataupun petunjuk arah dalam bahasa berlainan pasti membuat anda bingung. Jangan risau, Google Translate kan ada! Melalui ciri butang kamera yang tersedia, ia akan terus memaparkan terjemahan bacaan asing dalam bahasa pilihan anda dengan sekali imbasan. Selain itu, ciri butang conversation dan voice memberi anda peluang untuk berbual dan memahami bahasa asing dengan membenarkan akses mikrofon pada peranti anda. 

Google Translate juga boleh digunakan tanpa Internet dengan memuat turun offline translation file yang terdapat dalam beberapa bahasa. Tetapi, hati-hati apabila anda menggunakannya untuk sebarang maklumat kritikal terutamanya seperti isi kandungan dan preskripsi ubat-ubatan, kerana aplikasi ini tidaklah memberi terjemahan yang 100% tepat. 

2. Maps.Me

Kredit: App Store

Mesti anda pernah tersesat semasa berjalan-jalan di tempat baru, lagi-lagi semasa ketiadaan Internet (oh, tidak!). Mujurlah ada peta offline percuma yang boleh disimpan dalam aplikasi Maps.Me. Ia bukan sahaja menawarkan peta dalam bandar, tetapi juga peta lengkap bagi sesetengah negara dan peta pengangkutan pilihan. Sebelum memulakan perjalanan, anda hanya perlu memuat turun peta dan memilih laluan anda sebagai persediaan. 

Maps.Me mengesan lokasi melalui GPS peranti anda dan ia boleh ditapis khusus untuk mencari kategori tempat tertentu seperti restoran, WiFi, ATM, stesen minyak, hospital, tandas, dan banyak lagi. Walaupun anda tidak boleh mendapat info trafik semasa tanpa Internet, peta dalam aplikasi ini sentiasa dikemaskini dan hampir sempurna untuk digunakan sebagai pemandu arah.

3. Zabihah

Kredit: App Store

Mencari tempat makan halal yang paling dekat? Inilah penyelamat anda yang sentiasa kelaparan! Dibanggakan sebagai aplikasi makanan halal terbesar di dunia, Zabihah menyenaraikan lebih daripada 50,000 restoran halal, pasar makanan halal, dan masjid di seluruh dunia. Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan kupon diskaun eksklusif daripada 2,000 rakan kongsi restoran yang bekerjasama dengan aplikasi ini.

Senarai yang disediakan dalam aplikasi Zabihah amat menyeluruh. Ia juga mempunyai lebih daripada 150,000 ulasan dan tips yang dikongsikan oleh pengguna, dan ini memudahkan anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak! Aplikasi Zabihah boleh digunakan di kebanyakan negara, termasuklah di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah. 

4. Verify Halal

Kredit: App Store

Sementara berada di negara orang, rugilah tak mencuba pelbagai produk tempatan mereka. Mudah saja untuk memastikan sama ada ianya halal untuk digunakan. Dalam aplikasi Verify Halal yang mendapat kelulusan JAKIM, anda boleh mengimbas barkod pada pek produk tersebut untuk menyemak maklumat dan status halal. Cara lain adalah cari mengikut nama produk, syarikat keluaran, atau jenama produk tersebut.

Aplikasi Verify Halal menyenaraikan pelbagai produk yang diiktiraf halal dalam pangkalan data JAKIM mengikut kategori yang berbeza, antaranya termasuklah makanan, minuman, produk kecantikan dan kosmetik, serta ubat-ubatan. Ia juga turut memberi maklumat tentang produk yang diiktiraf halal oleh badan pensijilan halal luar negara. 

p.s. Tahukah ada bahawa JAKIM mempunyai taraf pensijilan halal tertinggi di dunia? Banyak badan pensijilan halal luar negara melaksanakan pengiktirafan mereka mengikut piawaian yang ditetapkan JAKIM. Jadi, aplikasi ini semestinya boleh dipercayai! 

5. Islamic GPS

Kredit: App Store

Islamic GPS merupakan aplikasi Islamik pertama yang menampilkan ciri augmented reality untuk menunjukkan masjid dan surau berhampiran anda. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu membenarkan akses kamera dan lokasi pada peranti anda. Kemudian, pusingkan kamera telefon bimbit di sekeliling anda untuk melihat masjid dan surau terdekat, termasuklah jaraknya dari anda dan alamat penuh. 

Selain itu, ia membenarkan anda memandu arah sendiri ke lokasi menggunakan ciri route yang dipaut dengan aplikasi Google Maps. Islamic GPS juga memberi panduan arah kiblat tidak kira di mana anda berada, dan ini sangat menyenangkan jika penginapan anda tidak mempunyai arah kiblat dalam bilik. Anda juga boleh mencari tarikan dan mercu tanda Islamik serta melihat panduan dan fakta menarik tentang tempat-tempat di Mekah dan Madinah. 

6. Traveloka 

Kredit: App Store

Daripada menempah penerbangan, penginapan, dan pengangkutan lapangan terbang, kini Traveloka memperkenalkan ciri terbaharu melalui Xperience yang memudahkan anda untuk mencari pelbagai aktiviti yang berhampiran semasa bercuti. Selain berdasarkan lokasi, anda juga boleh membuat carian mengikut tapisan kategori aktiviti yang diinginkan seperti tempat tarikan, lawatan, acara, taman permainan, hiburan, keperluan kembara, dan banyak lagi! 

Muat turun aplikasi Traveloka melalui App Store atau Google Play, dan tidak perlu buang masa beratur panjang untuk membeli tiket ke tempat-tempat tarikan popular di seluruh dunia. Tempah saja e-tiket melalui aplikasi kami! Jangan lupa untuk membenarkan notifikasi supaya anda tidak ketinggalan pelbagai tawaran percutian istimewa yang hanya terdapat dalam aplikasi Traveloka, ok?👌

 

Bak kata pepatah kami, Traveloka dulu, barulah lebih mudah bercuti! 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share