Tip Jalan-Jalan

Paling berbaloi: 7 destinasi Asia Tenggara dari hanya RM100

Angkat tangan kalau anda pernah makan mi segera atau beli makanan di 7-Eleven semasa mengembara supaya anda boleh berjimat!

Saya pasti anda pernah mengalami perkara ini. Tapi, Asia Tenggara mendapat nama sebagai syurga destinasi bajet, tentu ada sebabnya bukan? Ada banyak destinasi yang berbaloi di rantau ini untuk anda jelajahi dan tidak perlu risau tentang pengangkutan dan makanan.

Dengan sedikit pertolongan daripada 2017 Backpacker Index (yang tertakluk pada perubahan, kerana mengikut kadar pertukaran matawang harian), ini kiraan bajet yang mungkin akan belanjakan di tujuh destinasi di Asia Tenggara.

Hanoi, Vietnam

Pagoda di kuil Tran Quoc, Vietnam.

Vietnam, negara yang terkenal dengan bunyi hon skuter yang banyak di jalanan, bangunan gaya kolonial yang masih terpilihara dan binaan pagoda-pagoda yang bersejarah.

Banyak hostel dan hotel yang menyediakan kemudahan standard (seperti Wi-Fi percuma), dan tarikan pelancong yang tidak membebankan poket anda. Makanan tempatan juga sangat murah mengikut standard serantau.

Dari Hanoi, kebanyakan pengembara akan pergi ke Halong Bay, kawasan batu kapur untuk perjalanan semalaman, atau meluangkan beberapa hari di utara iaitu tempat yang dikenali sebagai Sapa.

Matawang: Dong
Penginapan termurah: VND67,887/semalam
Pengangkutan: VND50,000
Makanan: VND201,600
Hiburan: VND51,000
Tarikan: VND20,000

Jumlah: VND390,487 = RM70+/sehari

Manila, Filipina

Katedral Manila di daerah Intramuros Manila.

Manila moden dipenuhi dengan bangunan pencakar langit yang berkilauan, jalan raya yang luas, dan pusat membeli-belah yang berhawa dingin, tetapi di luar kemewaha ini, terdapat seni bebas, senario muzik yang meriah, kafe dan pasar yang dipenuhi dengan hasil seni.

Kalau anda menghabiskan menghabiskan masa di kawasan kejiranan yang mewah, tentulah mahal belanjanya terutama sekali di restoran.

Cuba makan di restoran-restoran tempatan dan tarikan pelancong yang biasanya percuma atau murah, seperti Muzium Negara Filipina dan Taman Rizal.

Matawang: Peso
Penginapan termurah: PHP246/semalam
Pengangkutan: PHP36
Makanan: PHP372
Hiburan: PHP180
Tarikan: PHP150

Jumlah: PHP984 = RM70+/sehari

Vientiane, Laos

Monumen Patuxay, Vientiane, Laos.

Laos sebenarnya destinasi di Asia Tenggara yang kurang mendapat perhatian terutama sekali ibu negaranya, Vientiane. Kalau anda lebih suka bersantai dan bersenang-lenang, tempat ini patut diambil perhatian.

Bekas stesen perdagangan Perancis masih mengekalkan seni bina Gallic yang tersendiri ini telah berubah menjadi hotel butik dan restoran bergaya.

Old Quarter yang menawan ini sesuai untuk anda ‘mencuci mata’ dan kalau anda gemar mengambil gambar untuk Instagram anda, tempat ini dipenuhi dengan kuil-kuil yang pelbagai rupa, patung batu dan sami Buddha yang sangat menarik.

Matawang: Kip
Penginapan termurah: LAK49,914/semalam
Pengangkutan: LAK20,000
Makanan: LAK62, 400</span
Hiburan: LAK30,000
Tarikan: LAK6,000

Jumlah: LAK168,314 = RM80+/sehari

Yangon, Myanmar

Pagoda Shwedagon, Yangon, Myanmar.

Pernah dikenali sebagai Rangoon, Yangon ialah bandar terbesar di Myanmar dan tumpuan segalanya. Mercu tanda paling dikenali di sini ialah Pagoda Shwedagon yang bergemerlipan dengan warna emasnya.

Bandar ini kurang dengan pelancong tidak seperti bandar-bandar popular lain di Asia Tenggara dan ini yang menambah daya tarikannya.

Luangkan masa berjalan-jalan di pasar terbuka di pusat bandar Yangon, dan mencuba makanan yang digemari oleh orang tempatan seperti Mohinga (sup ikan berempah dengan mihun) atau Salad Daun Teh.

Matawang: Kyat
Penginapan termurah: MMK9,292/semalam
Pengangkutan: MMK1,000
Makanan: MMK9,000
Hiburan: MMK2,400
Tarikan: MMK6,500

Jumlah: MMK28,192 = RM80+/sehari

Chiang Mai, Thailand

Pagoda di atas Gunung Inthanon, Chiang Mai.

Kalau Bangkok sibuk dengan macam-macam perkara, Chiang Mai lebih relaks.

Terletak di antara bukit-bukit dan dikelililingi oleh hutan yang subur dan gunung-ganang yang tinggi, bandar lama ini penuh dengan kuil kuno yang popular seperti Wat Phra That Doi Suthep dan Wat Chedi Luang.

Aktiviti menarik yang disukai oleh pengunjung seperti mendaki gunung di taman negara yang berdekatan, dan jika anda nak mencuba makanan jalanan Thailand, Pasar Malam dibuka setiap hari Ahad.

Matawang: Baht
Penginapan termurah: THB91/semalam
Pengangkutan: THB40
Makanan: THB198
Hiburan: THB210
Tarikan: THB100

Jumlah: THB849 = RM100+/sehari

Siem Reap, Kemboja

Pintu masuk ke kuil Kemboja.

Apabila anda fikir tentang Siem Reap, pasti perkara pertama yang terdetik dalam fikiran anda ialah Angkor Wat. Betul tak?

Tapi Siem Reap itu sendiri ialah tempat yang bagus untuk diterokai. Ini kerana popularitinya di kalangan pelancong yang menjadikan tempat itu sebagai tapak untuk berkhemah untuk menjelajah kawasan kuil Angkor Wat yang besar.

Tiket masuk untuk ke Angkor Wat agak mahal (USD$37), tapi alang-alang anda sudah ada di sana, berbaloi kalau anda lihat sendiri monumen bersejarah ini. Kami cadangkan anda beli tiket pada sebelah petang selepas 5 petang untuk pas masuk satu hari, jadi anda boleh melihat matahari terbenam dan dapat meluangkan masa seharian di taman itu keesokkan harinya.

Matawang: US Dollar
Penginapan termurah: US$2.44/semalam
Pengangkutan: US$2
Makanan: US$9
Hiburan: US$1.50
Tarikan: US$12

Jumlah: RM100+/sehari

Bali, Indonesia

Kuil Pura Ulun Danu Bratan di Tasik Beratan, Bali.

Siapa yang tidak pernah dengar tentang Bali? Antara banyak pulau cantik di Indonesia, Bali ialah pulau yang paling mendapat perhatian. Banyak sebabnya: pantai yang cantik, kuil-kuil yang banyak, orang tempatan yang ramah, dan budaya dengan keunikan tersendiri.

Jika ada sukakan kerancakan dan ketenangan, kedua-duanya ada. Alami hiburan malam di Kuta manakala Legian dan Ubud untuk kedamaian.

Walaupun popularitinya dikalangan destinasi pulau, anda masih boleh mencari penginapan yang berpatutan kerana kedatang pelbagai pengembara dari serata dunia. Jangan lupa sentiasa makan makanan tempatan kerana ia lebih murah.

Matawang: Rupiah
Penginapan termurah: IDR89,000/semalam
Pengangkutan: IDR50,000
Makanan: IDR120,000
Hiburan: IDR80,000
Tarikan: IDR50,000

Jumlah: IDR389,000 = RM100+/sehari

——

Dapatkan lebih penjimatan dengan tawaran hotel dan penerbangan hanya di Traveloka! Lihat promosi kami di https://www.traveloka.com/x/promosi.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

1 Shares
Share1
Tweet
+1
Pin
Share