7 aktiviti di Langkawi untuk percutian ‘kaw-kaw’ anda

7 aktiviti di Langkawi untuk percutian ‘kaw-kaw’ anda

Dikenali sebagai “Permata Kedah”, Langkawi adalah destinasi yang digemari oleh rakyat Malaysia dan juga pelancong asing. Pastinya sebab utama adalah kerana kecantikan semula jadi dan kisah-kisah mitos dan legenda yang menyelubungi pulau ini.

Tapi, syurga dunia ini menawarkan lebih daripada matahari dan lautan – biar Aina dan Rhys bawa anda jalan-jalan sekitar Langkawi!

(Pastikan anda melanggan saluran YouTube Traveloka untuk tidak terlepas video-video pengembaraan terbaru kami)

 

Island Hopping dengan jet ski

Selalunya anda akan dibawa menggunakan bot untuk melakukan aktiviti island hopping, tapi di Langkawi, anda boleh memandu sendiri jet ski membelah lautan dan ombak sambil menjelajah pulau-pulau kecil sekitar Langkawi. Pakej 3 jam berharga RM698 untuk satu jet ski, dan jika anda kurang mahir mengendalikan jet ski, jangan bimbang, anda akan diberi penerangan terperinci sebelum memulakan perjalanan anda.

Pastikan anda singgah di Pulau Dayang Bunting, yang mempunyai tasik air tawar yang memukau – Aina dan Rhys juga seronok mengayuh bot berbentuk angsa sekitar tasik itu. Menurut kisah rakyat, pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran untuk memiliki cahaya mata harus berendam dalam air tasik yang dikatakan ‘diberkati’ ini.

Banyak pulau terpencil tidak berpenghuni, jadi seperti Aina dan Rhys, anda mungkin akan terjumpa pantai-pantai yang tersedia hanya untuk anda.

 

Parasailing

Pantai Cenang mungkin pantai paling popular di Langkawi, yang juga lengkap dengan sukan air dan aktiviti yang tersedia untuk pengunjung. Aktiviti paling diminati ialah parasailing yang berharga RM300 untuk seorang.

 

Paradise 101

Nak cuba sesuatu yang lebih mencabar? Kunjungi Paradise 101, pulau peribadi buatan manusia yang terletak berdekatan Telaga Harbour Marina, yang juga tempat yang menyediakan aktiviti halangan atas air. Kalau nak berangan ala-ala dalam episod Wipeout, cuba aktiviti di sini.

Untuk keseronokan yang lebih mencabar, cuba Jet Pilot atau banana boat, atau mungkin Zip Line. Kami cabar anda!

Pas Harian Paradise

Dewasa: RM240

Kanak-kanak: Rm120

 

SkyCab & SkyBridge

Lawati tarikan paling ikonik di Langkawi iaitu SkyCab dan SkyBridge, untuk melihat pemandangan 360-darjah di udara. Pastinya suatu pengalaman yang sukar untuk anda lupakan! Naik SkyCab dari tapak Gunung Machinchang untuk menikmati pemandangan dari bawah hingga ke atas gunung.

Setiap gondola akan berhenti di Middle Station dan Top Station, bagi memberi peluang untuk anda berjalan sekitar platform pemerhati dan melihat pemandangan dramatik gunung-gunung serta hutan hujan di sekeliling. Jika anda berani, anda boleh memilih untuk menaiki gondola istimewa yang mempunyai lantai kaca untuk melihat apa yang ada di bawah anda.

SkyBridge dikatakan sebagai jambatan melengkung dan tergantung yang terpanjang di dunia. Dengan ketinggian pada 708 meter dari paras laut, jambatan ini boleh menjadi tepat paling mengujakan untuk anda dan keluarga.

SkyCab

Pemegang MyKad: RM40 (Dewasa); RM30 (Kanak-kanak)

Bukan pemegang MyKad: RM55 (Dewasa); RM40 (Kanak-kanak)

SkyBridge

Dewasa: RM5

Kanak-kanak: RM3

 

Langkawi Wildlife Park

Kira-kira 10 minit dari pekan Kuah adalah Langkawi Wildlife Park. Di sini, anda boleh melihat lebih 150 spesis haiwan dari serata dunia. Jika anda berani, anda boleh memberi haiwan-haiwan ini makan dengan tangan anda.

Rhys, yang berani-berani takut tu, cuba pegang buaya caiman tapi lain pula yang jadinya. Jadi anda kena lihat video untuk lihat apa yang kami maksudkan! 🐊

Bayaran Masuk

Pemegang MyKad: RM24 (Dewasa); RM16 (Kanak-kanak/Warga emas)

Bukan pemegang MyKad: RM39 (Kanak-kanak); RM22 (Kanak-kanak/Warga emas)

 

Langkawi Adventures & Xtreme Park

Tidak jauh dari Langkawi Wildlife Park adalah Langkawi Adventure & Xtreme Park, taman pengembaraan aktiviti luar yang direka untuk yang mencari cabaran. Di sini, anda boleh mencuba skybike – basikal yang digantung 50 meter di udara dan anda mesti mengayuh basikal anda di atas wayar untuk sampai ke penghujung. Cabar diri anda kalau anda takut tinggi!

Atau ada boleh menaiki ATV selama 90 minit untuk pengembaraan yang menyeronokkan. Tapi ingat, bawa baju lebih ya. Kalau tak seharianlah anda bermandi lumpur!

 

Kilim Karst Geoforest Park

Di sebelah utara pulau ini ialah Kilim Karst Geoforest Park, rizab semula jadi yang mempunyai kawasan bakau, gua dan batu kapur. Anda akan mula berlayar di sungai untuk melihat pokok bakau dengan menyusuri sungai. Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini. Kemudian anda akan dibawa meneroka gua-gua kelawar. Tapi jaga-jaga, anda kena sentiasa senyap untuk tidak mengganggu makhlum malam itu.

Selepas itu, anda akan kembali ke atas bot dan menuju ke tempat memberi makan burung helang untuk melihat burung-burung pemangsa yang memburu makanan mereka di atas air.

Tip: Pakai pakaian dan kasut yang selesa, dan pastikan anda memakain krim pelindung matahari yang secukupnya, kerana matahari boleh menjadi sangat terik!

Bayaran

RM200-500 setiap bot, bergantung pada panjangnya lawatan tersebut

 

Menginap di… Bella Vista Waterfront Hotel & Resort

Apabila anda letih daripada keseronokan, tiada yang lebih baik daripada kembali ke bilik yang luas dan moden serta lengkap dengan kemudahan yang memberi keselesaan yang anda inginkan. Di Bella Vista Waterfront, itulah yang anda akan dapat. Terletak di sepanjang tepi laut di bandar Kuah, hotel ini menawarkan akses mudah ke semua aktiviti dan tarikan utama di Langkawi.

Bella Vista mempunyai bilik-bilik yang sesuai untuk setiap bajet, dari Bilik Deluxe yang bergaya yang berpatutan dengan harga RM234 semalam ke Bilik Loft  berharga RM336 semalam, suite yang dilengkapi dengan katil sofa yang menawan – tingkap yang sempurna untuk tempat anda membaca! Jika anda ingin yang lebih memuaskan hati, menginap di Garden Suite yang mengagumkan – untuk RM648 semalam. Suite ini akan memberi anda akses ke teres peribadi di taman hotel, atau balkoni peribadi dan pemandangan laut Andaman yang menakjubkan.

________________________________________________________________________

Sejauh manakah anda mengenali Malaysia? Uji pengetahuan anda dan ketahui sisi lain negara ini dalam siri video Traveloka Travel Guide. Dalam setiap episod, kami akan menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan dan dilawati di destinasi-destinasi popular di Malaysia.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

11 Shares
Share11
Tweet
+1
Pin
Share