0

Traveloka MY

06 Dec 2017 - 6 min read

6 tempat sejuk di Asia Tenggara untuk anda yang sukakan kedinginan.

Asia Tenggara terkenal dengan tiga musim; panas dan lembab, panas dan kering, serta hujan lebat.

Tapi, tahukah anda banyak tempat di rantau ini yang beriklim sejuk? Disebabkan lokasinya yang terletak tinggi dari paras laut, lokasi-lokasi ini adalah tempat yang sesuai untuk anda pilih:

Kundasang, Malaysia

embu-lembu meragut rumput dengan berlatar belakangkan pemandangan indah, Gunung Kinabalu.

Dengan kehijauan yang menyelubungi Kundasang serta gunung yang hebat dari kejauhan, tak hairanlah ada yang menganggap anda sudah sampai di New Zealand, terutama sekali dengan lembu-lembu tenusu berwarna hitam putih yang cukup ikonik dengan negara itu.

Namun, Kundasang tidaklah sejauh New Zealand. Terletak hampir 2,000 meter dari aras laut, suhunya boleh turun hingga 13 darjah selsius pada waktu malam, malah pada kemuncak musim panas juga.

Desa Dairy Farm adalah tempat popular untuk keluarga. Kanak-kanak selalunya akan teruja dapat memberi lembu dan kambing makan, melihat bagaimana susu diproses, dan membeli susu segar serta ais krim.

Bagi yang sukakan aktiviti luar, bawa kasut mendaki anda dan cuba mendaki denai-denai di kaki Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu. Denai-denai ini akan mengambil masa sejam hingga dua jam lebih, berbeza mengikut mengikut tahap kesukaran. Tapi jangan risau, kerana selalunya laluan-laluan ini mudah bagi yang baru mencuba. Anda juga boleh lihat Canopy Walkway.

Selepas penat berjalan, anda boleh melegakan sakit-sakit di kolam air panas semula jadi yang kaya dengan mineral di Poring Hot Spring.

Tagaytay, Filipina

Pemandangan Gunung Berapi Taal dan Tasik Taal.

Terletak kira-kira dua jam dari arah utara bandar Manila, Tagaytay ialah destinasi kegemaran orang tempatan untuk berada dekat dengan alam semula jadi.

Rata-rata, cuacanya antara 22 hingga 25 darjah celsius iaitu cuaca yang sempurna untuk banyak aktiviti luar.

Picnic Grove adalah tempat rekreasi dan berkelah yang popular, anda boleh terbang di atas kanopi hutan dengan zip-line dan melihat pemandangan Taal Lake dan Gunung Berapi Taal melalui kereta kabel.

Sekiranya anda membawa kanak-kanak, mereka pasti seronok di Sky Ranch, taman rekreasi yang menawarkan aktiviti seperti menunggang kuda dan taman hiburan dengan permainan yang menarik. Terdapat juga Paradizoo seluas 12-hektar, taman yang cantik dan zoo haiwan kecil.

Chiang Rai, Thailand

Wat Rong Khun, atau Kuil Putih.

Chiang Rai sering diketepikan dek kerana bandar yang lebih terkenal, Chiang Mai, tetapi anda sebenarnya silap kalau anda fikir Chiang Rai tidak ada apa-apa. Sama seperti Chiang Mai, ia terletak tinggi di pergunungan, menjadikan iklimnya lebih sejuk daripada kebanyakan bahagian di Thailand.

Salah satu tarikan terbesar yang menarik pengunjung di sini ialah Wat Rong Khun yang unik, setiap hiasan diukir sepenuhnya dalam warna putih - ini juga sebabnya ia dikenali sebagai Kuil Putih.

Jika anda ingin melihat tona warna yang betul-betul berbeza daripada putih, kunjungi Muzium Baan Dam, atau Rumah Hitam, yang mempamerkan koleksi menarik karya artis tempatan terkenal Thawan Duchanee; serta mural Buddha kontemporari yang menakjubkan dari Rong Suea Ten, atau Kuil Biru.

Dapatkan budara segar ketika anda berjalan-jalan dengan dikelililingi bunga-bunga mekar pelbagai warna di Taman Mae Fah Luang, ketahui lebih lanjut mengenai suku-suku bukit asli di Pusat Pendidikan Suku-bukit dan Pusat Pendidikan Penduduk dan Masyarakat atau dapatkan snek cepat di Bazar Malam Chiang Rai.

Tidak lengkap lawatan anda ke utara Thailand tanpa merasai hidangan khas di sini iaitu mi Khao Soi dan Bua Loy Kai, pencuci mulut telur rebus manis dan bebola beras yang dihidangkan dalam santan.

Pyin Oo Lwin, Myanmar

Leopard Lacewing Butterfly (Cethosia cyane) di tanaman orked Taman National Kandawgyi.

Pernah menjadi tempat percutian orang British, bandar di kawasan bukit yang indah ini terletak lebih kurang 60 kilometer di timur Mandalay, Tanah Tinggi Shan. Pekan ini terkenal dengan pembiakan ulat sutera dan taman sayuran serta bunga.

Taman Botani Kandawgyi, rumah kepada lebih daripada 80 spesies tumbuhan yang berlainan, adalah tempat yang sesuai untuk berbasikal.

Sejukkan seketika badan anda di air terjun yang berhampiran, seperti air terjun Pwe Kauk, air terjun Anisakan, atau air terjun Dee Doke.

Untuk pencinta kopi, jangan lupa untuk mencuba secawan kopi asli yang dibuat daripada biji kopi tempatan, kerana Pyin Oo Lwin adalah antara salah satu pelopor dalam industri kopi yang sedang berkembang pesat di Myanmar. Bermula dari 1,000 Kyat untuk secawan (RM3 ++), ia pasti lebih murah daripada kos kopi di kebanyakan bandar sekarang.

Cipanas, Indonesia

Pagar sesat di Taman Bunga Nusantara.

Walaupun mempunyai perkataan "panas" dalam namanya, Cipanas tidak panas sama sekali. Bandar cantik ini mempunyai suhu purata maksimum yang selesa iaitu 25 darjah celcius sepanjang tahun.

Daya tarikan terpanas di sini, baik dari segi suhu suhu dan populariti, adalah mata air panas sulfur, yang disalurkan ke kolam besar untuk anda nikmati.

Satu lagi daya tarikan utama di sini ialah Taman Bunga Nusantara seluas 23-hektar yang mempesonakan, sebuah taman yang dipelihara dengan penuh bunga yang subur. Jangan sampai tersesat dalam Pagar Sesat pula ya!

Jika anda ingin merasai penagalaman berada di Venice tanpa pergi ke Itali, singgah di Little Venice, sebuah kompleks vila mewah yang terletak di Puncak Pass. Ia menawarkan seni bina yang diilhamkan oleh Venice, termasuk terusan berliku di mana pelawat boleh menaiki gondola untuk melintasi laluan air dan menikmati pemandangan.

Jika anda membawa kanak-kanak, pandu ke utara lebih dekat ke Bogor, untuk bersuka ria di JungleLand Adventure Theme Park dan Jungle Water Adventure yang pasti akan membuat mereka sibuk. Atau jika anda berminat untuk berenang dan berkelah, terdapat Curug Bidadari Cikoneng (Air Terjun Nymph).

Da Lat, Vietnam

Air Terjun Pongour berhampiran Da Lat.

Da Lat, yang terletak di dataran tinggi selatan Vietnam. Ia juga dikenali sebagai "Kota Lembah Abadi" keran cuacanya yang sangat nyaman. Bagi ramai pelawat, acara utama adalah pelbagai air terjun di kawasan itu.

Di Air Terjun Datanla, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti yang ada. Termasuklah abseiling air terjun, menaiki kereta kabel yang luar biasa, dan sebuah gerbang alpine yang menyeronokkan. Tidak cukup mencabar lagi? Anda boleh mengenakan pakaian etnik minoriti dan bergambar di hadapan air terjun.

Anda boleh berada lebih dekat dengan Air Terjun Gajah, tetapi pastikan anda memakai kasut yang kukuh dan berjalan dengan teliti, kerana kawasan itu agak berlumpur dan licin berhampiran dengan air terjun.

Air Terjun Pongour adalah pemandangan lain yang indah. Air Terjun ini mempamerkan air terjun teres yang akan memberikan gambar yang cantik untuk Instagram anda.

Jika anda meminati seni bina eksentrik, Antoni Gaudi, lawati Crazy House, yang juga dikenali sebagai Hang Nga Guesthouse di Vietnam. Bangunan aneh ini direka oleh arkitek Vietnam tempatan Dang Viet Nga, dan dan layak jika dibandingkan dengan seni Casa Mila dan Sagrada Familia yang dihasilkan oleh Gaudi.

Untuk aktiviti keluarga yang menyeronokkan, berkayuhlah di sepanjang Tasik Xuan Huong dalam bot kayuh angsa... atau berlumba hinga ke tenggah tasik bersama keluarga anda!

_____

Anda tahu apa yang mereka katakan - bercuti bersama lebih menyeronokkan! Bawa pasangan atau kawan-kawan bersama-sama ke salah satu destinasi hebat untuk percutian atau pengembaraan yang anda tidak akan lupakan. Tempah hotel dan penerbangan anda sekarang di Traveloka.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka