6 sebab kenapa Hoi An patut ada dalam senarai mesti lawat anda

6 sebab kenapa Hoi An patut ada dalam senarai mesti lawat anda

Terletak di Vietnam, bandar indah ini pernah menjadi sebuah pelabuhan dan sekarang telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hoi An adalah gabungan budaya kerana pernah menjadi pusat perdagangan yang masyhur satu ketika dahulu.

Kepelbagaian sejarah di bandar ini telah menyuntik kecantikannya, dan sangat menyeronokkan untuk diterokai! Jika anda masih tercari-cari destinasi seterusnya, mungkin sebab-sebab ini akan buat anda menempah penerbangan ke Da Nang:

 

Budaya yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Kredit: Raisa Gabrielli

Bandar purba Hoi An ada lebih 20 tarikan untuk dilawat, seperti rumah-rumah warisan, muzium, kuil dan banyak lagi! Untuk melawat tempat tarikan ini, anda perlu membeli tiket masuk ke Hoi An iaitu berharga VND120,000 (kira-kira RM20+). Harga ini termasuk air percuma, terutama sekali teh tempatan, di setiap kedai.

 

Kedai-kedai sekitar yang hip

Kredit: Raisa Gabrielli

Jika anda penggemar kopi, jadi anda patut tahu yang Vietnam adalah pengimport kopi terbesar di dunia. Tiada tempat yang lebih sempurna untuk menikmati kopi tempatan di bandar purba yang indah ini.

 

Makanan, makanan, dan lebih banyak makanan

Kredit: Raisa Gabrielli

Apa yang sama tentang budaya Asia? Tentulah minat penduduknya pada makanan. Makanan Vietnam, tak kisahlah di restoran atau di jalanan, tak pernah mengecewakan.

 

Kedai-kedai yang lain daripada yang lain

Kredit: Raisa Gabrielli

Jalan-jalan di Hoi An bersambung dengan lorong-lorong kecil yang menghala ke kedai-kedai unik yang menjual pelbagai barangan. Susah untuk anda menahan untuk tidak membeli sesuatu kerana kepelbagaian seni, sutera tempatan dan produk buatan tangan yang cantik-cantik belaka seperti memanggil-manggil anda.

 

Resort tepi sungai atau tepi pantai

Kredit: Raisa Gabrielli

Walaupun Hoi An terletak bersebelahan sungai, Hoi An juga berdekatan pelbagai pantai dan Pulau Cham yang paling popular dikalangannya.

 

Jalan-jalan waktu siang

Kredit: Raisa Gabrielli

Bagi yang mahu memanfaatkan cuti mereka, terdapat banyak lokasi yang boleh dipilih untuk jalan-jalan pada waktu siang – seperti berkunjung ke Mui Ne (padang pasir yang popular di Vietnam), dan bandar imperial Hue.

_______________________________________________________________________

Ditulis oleh Raisa Gabrielli

 

Artikel asal diterbitkan di Zafigo, panduan pengembaraan untuk pengembara wanita di Asia dan Timur Tengah, dan diterbitkan semula dengan keizinan.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share