Tip Jalan-Jalan

6 sebab kenapa kafe-kafe di Jalan Dhoby JB jadi idaman Instagrammer

Bagi kawan-kawan kita di utara dan yang dari selatan, Johor Bahru selalu dilihat sebagai lokasi sehenti antara bandar Kuala Lumpur dan Singapura. Walaupun kedua-dua bandar ini mempunyai budaya kafe yang kian popular, budaya kafe adalah unik di JB – tertumpu sekitar Jalan Dhoby yang merupakan bandar bersejarah, pun tidak kurang hebatnya.

Tak percaya? Lihat sendiri kafe-kafe hip yang menyediakan kopi dan makanan terbaik:

 

“Fakta menarik: Nama jalan ini disebut sebagai ‘doh-bee’ (tapi bukan Dobby the Elf dalam siri Harry Potter tu, lol). Nama ini datang dari India Selatan dengan membawa maksud orang yang membasuh baju dan perniagaan yang biasa di sepanjang jalan itu beberapa dekad yang lalu.”

 

1. Roost Repurposed & Recycled

Terletak di hujung Jalan Trus dan Jalan Dhoby, Roost ialah kafe yang disukai dan terkenal di Johor Bahru. Kafe ini juga adalah kafe pertama yang dibuka di kawasan itu.

Seperti namanya, kafe ini menggunakan perabot retro dan dekorasi yang menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula dan diguna semula seperti peti kayu dan tong minyak. Kafe ini mempunyai dua tingkat bagi memberi ruang yang lebih luas dan suasana yang santai.

Teh Ais Markisa dan semangkuk Kentang Lenyek dengan Bebola Ayam.

Menunya adalah campuran ramuan yang menarik, dari mi sihat dan salad untuk kentang lenyek yang hangat atau semangkuk pasta.

Mesti cuba: Semangkuk Kentang Lenyek dengan Bebola Ayam; Semangkuk Pesto Thai dengan Salmon.

Roost Repurposed & Recycled

14, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka pada Isnin dan Rabu hingga Ahad | 1 tengah hari – 12 pagi | Ditutup pada Selasa

 

2. Flowers In The Window

Dimiliki oleh pengasas yang sama seperti Roost Repurposed & Recycled, Flowers In The Window menawarkan suasana vintaj yang sama tapi dengan kelainan pada kehijauan yang dipamerkan – kafe ini dipenuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga, yang menjadikannya seperti taman rahsia.

Menu di kafe ini juga menampilkan sentuhan bunga-bungaan: banyak pilihan kek dan minuman menampilkan bunga yang boleh dimakan. Kek yang dijual juga dihiasi dengan cantik sehingga ‘sayang’ untuk dimakan.

Latte dan Kek Earl Grey Lavender.

Hidangan utama di kafe ini juga tidak mengecewakan, kerana mereka tak kedekut dengan sayur-sayuran dalam hidangan mereka. Dan rasa kopi mereka juga terbaik.

Mesti cuba: Kentang Lenyek dengan Peha Ayam, Sayuran Panggang dan Kuah Oregano; Kek Earl Grey Lavender.

Flowers In The Window

9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka pada Isnin dan Rabu hingga Ahad | 10 pagi – 9 malam | Ditutup pada Selasa


3. The Replacement Lodge & Kitchen

Kafe ini seolah-olah mimpi jadi kenyataan bagi peminat minimalist. Dengan dinding berwarna putih, perabot rustic dan pencahayaan semula jadi yang bersinar memasuki tingkap yang luas di kafe ini, ia memberikan tempat yang sesuai untuk menikmati makanan.

Kredit: The Replacement – Lodge & Kitchen / Facebook

Menu brunch mempunyai pilihan yang biasa dilihat seperti sarapan goreng, telur benedict dan croque madame. Jika anda penggemar kopi, pastikan anda cuba menu kopi istimewa mereka, termasuklah campuran yang memenangni anguerah seperti Burumandi Kayanza Mopanga.

The Breakfasat Platter. Kredit: @thereplacementlandk / Instagram

Tempat popular untuk brunch bagi orang tempatan dan Singapura ini selalunya penuh pada hari minggu, jadi kalau tidak mahu kecewa, cuba tempah meja di laman Facebook mereka sebelum waktu anda makan.

Mesti cuba: Eggs Benny; B&B French Toast; Dark Chocolate Churros (dihidangkan dengan pencicah pilihan anda).

The Replacement Lodge & Kitchen

33, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka pada Isnin hingga Khamis: 10 pagi – 6 petang | Jumaat: 10 pagi – 6 petang; 7 petang – 12 pagi | Sabtu & Ahad: 9 pagi – 6 petang; 7 petang – 12 pagi


4. IT Roo Cafe

IT Roo memang best, guys. Saya sudah berulang kali ke sini sejak kecil semata-mata untuk menikmati Chicken Chop Hainanese, dan saya masih belum menemui sebarang tempat lain yang boleh menandingi hidangan mereka. Dianugerahkan dengan gelaran ‘Chicken Chop Terbaik di Bandar’ oleh The Star pada tahun 2013, sehingga kini tiada siapa yang dapat mencuri gelaran ini daripada mereka.

Kredit: fernfern / Flickr

Mereka menyediakan makanan lain seperti mi dan nasi, tapi lebih berbaloi kalau anda ke sini untuk mencuba chicken chop mereka. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang yang digoreng rangup dan sosnya yang buat anda mahu lagi dan lagi, percayalah, anda akan datang lagi untuk menikmati hidangan ini.

Kafe ini mungkin tidak secantik kafe-kafe di Jalan Dhoby, kerana ia lebih berkonsepkan kopitiam tempatan, tapi rekaan dalaman vintaj asli tetap menarik.

Mesti cuba: Chicken Chop Goreng (dihidangkan dengan sos Cendawan atau sos Black Pepper); Jus Limau dengan Ice Cream Soda.

IT Roo Cafe

17, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka setiap hari | 12 tengah hari – 9.30 petang


5. Chaiwalla & Co.

Chaiwalla & Co. adalah perintis bagi kafe kontainer di Malaysia, dan walaupun rangkaian kafe sebegini telah merentasi Johor Bahru dan Kuala Lumpur, kafe pertama ini masih gagah berdiri di Jalan Tan Hiok Nee, selari dengan Jalan Dhoby.

Kredit: Chaiwalla & Co. Container Cafe / Facebook

Dibina menggunakan kontena kargo yang diperbaharui dan kayu yang direka bentuk, kafe itu adalah tumpuan hipster. Dan cukup sempurna kalau anda nak berehat sebentar setelah berpanasan ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan bersejarah JB.

Teh Susu Thai. Kredit: @chaiwallaco / Instagram

Anda mungkin sukar untuk memilih minuman anda, kerana mereka menyedia kan pelbagai jenis teh, kopi dan minuman ringan dengan rasa dan topping yang banyak dengan pelbagai kombinasi. Mereka juga menawarkan manisan yang anda boleh nikmati bersama minuman anda, seperti pai dan brownies.

Mesti cuba: Teh Susu Thai dengan pearls; Matcha Latte; Chai Latte.

Chaiwalla & Co.

36, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka setiap hari | 12 tengah hari – 12 pagi


6. Senso Art Gallery Cafe

Berada di bahagian yang lebih senyap dari hiruk-pikuk, Senso Art Gallery Cafe yang terletak di Jalan Tan Hiok Nee adalah permata tersembunyi yang saya gembira temui. Bahagian hadapan kafe ini kelihatan menarik dengan hasil seni yang dipaparkan pada tingkap kedai, sementara bahagian dalam pula adalah bahagian kafe.

Menu mereka simple-simple aja. Seperti pizza, pasta dan pencuci mulut creme brulee dan kek. Tapi kopi di sini memang lazat – rasa kopi yang kuat dan tidak terlebih susu atau gula.

Ruang di atas kafe pula digunakan sebagai galeri seni dan bengkel kraf dan seni, jadi jika anda berminat untuk belajar kemahiran baru, lihat bengkel yang akan datang pada laman Facebook mereka.

Mesti cuba: Kopi Cold Brew Rose; Piza Cendawan Putih.

Senso Art Gallery Cafe

25, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.

Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu: 11 pagi – 7 petang | Ahad: 12 tengah hari – 8 malam | Ditutup pada hari Selasa

_______________________________________________________________________

Jika anda ke Johor Bahru, kawasan kedai sebelum zaman perang yang telah ditukar menjadi kafe dan mural jalanan yang berwarna-warni mesti ada dalam senarai mesti lawat anda! Tempat percutian anda dengan Traveloka hari ini.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

9 Shares
Share9
Tweet
+1
Pin
Share