0

Traveloka MY

20 Sep 2017 - 2 min read

6 pantai terpencil yang sesuai untuk ‘introvert’ seperti anda

Apakah sebenarnya pulau impian bagi anda?

Bagi saya, pantai yang putih bersih, cenuram yang dramatik, pemandangan yang menghijau, panorama lautan luas yang membiru dan pulau yang tidak sesak dengan orang ramai.

Jika anda seorang yang menghargai ketenangan, Asia Tenggara, terutamanya Indonesia, Vietnam, dan Filipina ada pantai terpencil yang sesuai untuk anda. Ini antara pantai-pantai yang masih terpelihara dan jauh daripada tumpuan pelancong.

Pulau Komodo, Indonesia

Dek kerana sisa-sisa batu karang merah yang terdampar di pantai ini selama bertahun-tahun, pantai di Pulau Komodo ini dinamakan sebagai Pantai Merah Jambu kerana warnannya. Di sini, agak susah untuk mendapat perkhidmatan internet atau WiFi. Jadi, anda boleh menenggelamkan tekanan anda dengan keindahan alam.

Pulau Phu Quoc, Vietnam

Pulau Phu Quoc sering dipuji kerana keindahannya. Kedudukan strategik yang terletak di kawasan ketenteraan memberikan aura misteri dan tersembunyi kepada pulau ini. Pulau ini juga kurang pembangunan.

Tapi, sejak pembukaan lapangan terbang antarabangsa di pulau tersebut, lebih ramai orang menyedari pesona pulau ini terutama sekali Pantai Bai Dai. Jadi sekarang masanya untuk melawat pantai ini sebelum orang ramai meluru ke sini!

Pulau Calaguas, Filipina

Pulau ini terletak di wilayah Camarines Norte. Perkataan seperti “tenang” dan “aman” selalu digunakan untuk menggambarkan Pulau Calaguas. Jika anda ingin pengalaman pulau terpencil yang sebenar, inilah tempatnya. Buat kawan-kawan dan keluarga anda cemburu dengan mengambil gambar di PantaiMahabang Buhangi di Pulau Tinaga.

Pulau Derawan, Indonesia

Terletak di Berau, Kalimantan Timur, Pulau Derawan masih belum tercemar dan dikelilingi oleh alam semula jadi yang kekal subur. Ia terkenal di kalangan penyelam untuk aktiviti snorkeling kelas dunia dan tempat menyelam skuba.

Berdekatan pantai pula, terdapat terumbu karang dan hamparan rumput laut yang masih terpelihara untuk diterokai. Cuba perhatikan kalau-kalau ternampak kelibat ikan lumba-lumba, penyu hijau dan penyu hawksbill, serta ketam kelapa.

Pulau Paus, Vietnam

Terletak di bahagian utara Nha Trang, Pulau Paus ialah syurga pencinta alam. Dengan usaha yang berterusan untuk memelihara ekosistem marin di kawasan ini, Pulau Paus tersenarai antara syurga tersembunyi yang masih terpelihara. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti mendaki, kayak dan luncur angin.

El Nido, Filipina

El Nido adalah sebahagian daripada Pulau Palawan, dan dikenali dengan pemandangan lautnya yang boleh dilihat tanpa memakai google menyelam. Pemandangan di atas laut juga tidak kurang hebatnya. Dengan batu kapur yang dapat dilihat di permukaan air yang jernih. Pantai paling indah di El Nido ialah Pantai Nacpan yang hanya 45 minit dari bandar El Nido dengan menaiki tricycle.

---

Dah cuci mata dengan gambar-gambar cantik ini? Sekarang, jom tempah hotel dan penerbangan dulu dengan promosi Traveloka Sale-abration!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka