Tip Jalan-Jalan

5 muzium interaktif dan menyeronokkan di Asia Tenggara untuk keluarga

Anda semua pasti dah biasa mencuba ‘cafe-hopping’ dan ‘island-hopping’… Tapi pernah tak anda cuba ‘museum-hopping’?

Tapi kami bukan bercakap tentang muzium lama yang berbau hapak dan lama seperti barangan antik. Di sini, kami senaraikan muzium interaktif paling menarik di Asia Tenggara untuk anda terokai dan belajar sesuatu.

 

ArtScience Museum | Singapura

Kredit: ArtScience Museum

Terletak dalam struktur futuristik yang megah, muzium ini mengambil inspirasi daripada bunga teratai dan misi ArtScience Museum adalah untuk mendidik pengunjung tentang seni, rekaan, media, seni bina dan teknologi dengan cara yang menyeronokkan. Muzium ini pernah mempamerkan pameran terkemuka seperti Titanic: The Artifact Exhibition, Andy Warhol: 15 Minutes Eternal, Harry Potter: The Exhibition, Dinosaurs: Dawn to Extinction dan Da Vinci: Shaping the Future.

Kredit: Stockforlife / Shutterstock

Pameran terbarunya, FutureWorld, menampilkan karya seni interaktif berteknologi tinggi yang dicipta dengan kerjasama teamLab, kolej seni interdisiplin Jepun yang terkenal.

 

6 Bayfront Ave, 018974 Singapura.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari | 10 pagi – 7 petang (Kemasukkan terakhir: 6 petang)

Bayaran masuk: Tiket semua akses – SGD38 (Dewasa); SGD26 (Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas); SGD98 (Tiket keluarga: 2 dewasa + 2 kanak-kanak)

 

The Mind Museum | Filipina

Kredit: The Mind Museum

The Mind Museum bertujuan untuk membuka minda anda. Muzium ini menampilkan lebih 250 pameran interaktif, muzium ini diatur untuk membawa pelawat dari zarah terkecil dalam alam semesta – atom – ke ruang angkasa terbesar. Belajar tentang sejarah bumi dari Big Bang dan dinosaur hingga ke kemajuan teknologi hari ini, dan bintang-bintang melalui teater 3D.

Kredit: The Mind Museum

Terdapat juga aktiviti luar di Science-in-the-Park dan Taman Botani yang membolehkan pengunjung untuk belajar dan mengalami sendiri keajaiban sains dan alam.

 

J.Y. Campos Park, 3rd Avenue, Bonifacio Global City, Taguig, 1634 Metro Manila.

Waktu operasi: Dibuka dari Selasa hingga Ahad | 9 pagi – 6 petang | Ditutup pada hari Isnin

Bayaran masuk: Slot masa 3 jam – PHP625 (Dewasa); PHP475 (Kanak-kanak). Pas sehari – PHP750.

 

Petrosains Science Discovery Centre | Malaysia

Kredit: Petrosains – The Discovery Centre / Facebook

Industri petroleum mungkin kurang mengujakan bagi anda, tapi Petrosains sebenarnya banyak aktiviti menarik dengan simulasi dan aktiviti yang boleh anda cuba sendiri.

Kredit: Petrosains – The Discovery Centre / Facebook

Cuba Dark Ride untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa hidup dan bekerja di angkasa atau cuba sendiri program rover Marikh yang menjelajah lanskap Marikh bagi mencari tanda-tanda kehidupan di pameran Angkasa. Kanak-kanak pasti sukakan SPARKZ, galeri sains dan seni interaktif yang membolehkan mereka mencabar antara satu sama lain dalam perlawanan Bola Sepak Robo.

 

Tingkat 4, Suria KLCC, Menara Berkembar PETRONAS, 50088 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Dibuka dari Selasa hingga Jumaat – 9.30 pagi – 5.30 petang (Kemasukkan terakhir: 4 petang) | Sabtu & Ahad 9.30 pagi – 6.30 petang (Kemasukkan terakhir: 5 petang) | Ditutup pada hari Isnin (Kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah)

Bayaran masuk:

Dewasa (13 – 60 tahun) – RM20 (MyKad); RM30 (Bukan warganegara Malaysia)

Kanak-kanak (3 – 12 tahun) – RM8 (MyKad); RM18 (Bukan warganegara Malaysia)

Warga emas (61 tahun & ke atas) – RM10 (MyKad); RM15(Bukan warganegara Malaysia)

 

Museum of Siam | Thailand

Kredit: Museum of Siam / Facebook

Terletak di tengah-tengah Bandar Lama, apabila ia mula-mula dibuka pada tahun 2007, Museum of Siam adalah muzium moden interaktif yang pertama di Bangkok. Ditempatkan di dalam rumah agam warisan yang pernah menjadi pejabat kerajaan, muzium ini didedikasikan untuk menjawab soalan: “Bagaimana rasanya menjadi orang Thailand?”

Kredit: Museum of Siam / Facebook

Kredit: Museum of Siam / Facebook

Pelawat muda atau tua pasti akan terpegun dengan paparan interaktif yang membolehkan anda menyelami sejarah dan budaya Thai, daripada makanan hingga pakaian tradisionalnya.

 

4 Sanam Chai Rd, Khwaeng Phra Borom Maha Ratchawang, Khet Phra Nakhon, Krung Thep Maha Nakhon 10200, Bangkok.

Waktu operasi: Dibuka dari Selasa hingga Ahad | 10 pagi – 6 petang | Ditutup pada hari Isnin

Bayaran masuk: THB300 (Dewasa); percuma untuk kanak-kanak bawah 15 tahun dan warga emas melebihi umur 60 tahun.

Kemasukkan percuma antara 4 – 6 petang setiap hari.

 

Muzium Hantu Pulau Pinang | Malaysia

Kredit: Muzium Hantu Pulau Pinang / Facebook

Pernah tertanya-tanya adakah hantu wujud? Muzium interaktif ini akan buat anda menjerit – tapi hanya kerana anda terlalu seronok mengetahui tentang mitos dan cerita rakyat disebalik kisah hantu yang anda takuti sejak dari kecil.

Kredit: Muzium Hantu Pulau Pinang / Facebook

Pameran di muzium ini bukan sahaja memiliki hantu-hantu dari Malaysia malah dari Asia dan dari Barat. (Cuba cakap jujur, hantu Asia paling menakutkan, betul tak?) Apa yang best nya tentang muzium ini, anda juga boleh memakai kostum dan bergambar dengan apa yang dipamerkan di situ, menjadikan suasana menakutkan di muzium ini sedikit lucut.

 

57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari | 10 pagi – 7 petang

Bayaran masuk:

Dewasa – RM18 (MyKad); RM36 (Bukan warganegara Malaysia)

Kanak-kanak/Warga emas – RM8 (MyKad); RM16 (Bukan warganegara Malaysia)

Pelajar – RM10 (MyKad)

Kanak-kanak bawah 7 tahun – Percuma

______________________________________________________________________

Teruja untuk melawat muzium-muzium yang ‘cool’ ini? Tempah hotel/penerbangan anda dengan Traveloka hari ini! Kerana anda tak pernah terlalu muda (atau terlalu tua) untuk belajar sesuatu yang baru.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share