Rasa Halal Serata Dunia

Nikmati hidangan itik Peking yang halal di Zuan Yuan

Pencinta hidangan itik yang telah lama mengidam hidangan itik Peking yang lazat ini harus bersedia kerana dalam bulan Oktober, chef-chef di Restoran Zuan Yuan dan pasukannya akan mempamerkan hidangan istimewa ini dalam pelbagai gaya masakan yang menyelerakan! Yang penting, restoran ini mempunyai sijil halal! Tak sabar nak mencuba daging itik yang dimasak garing dengan isi yang lembut? 

Diketuai oleh Master Chef Loh Weng Lam, Restoran Cina Zuan Yuan ini menghormati tradisinya dalam masakan Kantonis ini dan membawa hidangan makanan oriental ke taraf yang lebih tinggi.

Bayangkan daging itik yang dipotong halus dengan dengan kulit yang rangup, diapit timun, hirisan bawang dan disaluti kicap manis Hoisin, akhirnya dibalut dengan telur crepe hangat dan lembut. Kelazatan yang tak terhingga daripada gigitan pertama!

Nak tahu yang lebih best? Tiada daging yang akan dibazirkan kerana anda boleh meminta supaya daging itik yang selebihnya dimasukkan dalam hidangan lain.

Terdapat lima hidangan dalam menu untuk dipilih – Nasi Goreng dengan Daging Itik Cincang dan Sos Cili Szechuan, Mi Telur dan Daging Itik yang Dicarik, Hidangan Goreng Wok dengan Kacang Hitam atau Garden Green, Daung Bawang dan Halia serta Bawang Putih Emas dan Lobak Merah Rangup.

Pelbagai jenis teh premium membantu melengkapkan hidangan yang direka dan dimasak cukup teliti dan mempesona. Bukan peminat itik? Zuan Yuan juga menyajikan pilihan hidangan dim sum yang lazat.

Sudah kah kami buat anda makin berselera dan teruja? Cepat, menu promosi khas ini hanya berlangsung dari 1 hingga 31 Oktober 2018. Ia berharga dari RM98.00 untuk setiap hidangan dengan seekor itik dan boleh dinikmati untuk makan tengahari dari jam 12.00 hingga 2.30 petang atau untuk makan malam dari 6.00 malam hingga 10.30 malam.

 

Zuan Yuan Chinese Restaurant @ One World Hotel

1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-76811159

Waktu operasi: 12.00 tengah hari – 2.30 petang (Makan tengah hari, Isnin-Jumaat)   6.00 petang – 10.00 malam (Makan malam, Isnin-Ahad) | 10.00 pagi – 2.30 petang (Sarapan & Makan tengah hari, Sabtu-Ahad)

 

Diterjemahkan oleh: Imara Natchiar

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

4 Shares
Share4
Tweet
+1
Pin
Share