Cita rasa Malaysia: Makanan mesra muslim di Pulau Pinang

Cita rasa Malaysia: Makanan mesra muslim di Pulau Pinang

Sebut saja Pulau Pinang sudah tentu kecur air liur dibuatnya. Syurga makanan ini pastinya tempat popular untuk sesiapa saja yang mahu mencuba makanan terbaik di Malaysia.

Anda mencari makanan yang mesra muslim? Jom kami bantu anda buat pilihan!

1. Char Kuey Teow

Susah kalau tak fikirkan kuey teow tanpa terfikirkan Pulau Pinang. Kombinasi enak mi, telur, sayur kucai, taugeh dan makanan laut yang dimasak dalam kuali panas tentunya hidangan yang digemari ramai. Tapi agak sukar juga untuk mencari versi halal hidangan ini. Tapi jangan bimbang! Kafe Bee Hwa menghidangkan char kuey teow mesra muslim. Dengan gabungan tepat kuey teow dan makanan laut segar, anda pastinya mahu lagi!

Kunjungi:

Kafe Bee Hwa

10, Lebuh Dickens, 10050 George Town

Waktu operasi: 7.00 pagi – 5.00 petang

2. Sup Daging

Ah, tiada yang lebih enak daripada semangkuk sup daging panas yang sentiasa tersedia 24 jam bukan? Hidangan penuh perisa ini enak dinikmati terutamanya pada cuaca sejuk di Malaysia sejak kebelakangan ini. Celup roti bakar dalam mangkuk sup anda dan rasai kombinasi unik penuh rempah ratus ini. Sup dengan daging kambing juga ada dijual kalau anda mahukan kelainan rasa.

Kunjungi:

Sup Hameed

48, Jalan Pinang, 10000 George Town

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

3. Mi Goreng

Makanan di Pulau Pinang memang dikenali dengan rasa, warna dan rempah ratusnya. Mi goreng tidak terkecuali. Anda pasti tertarik dengan warna merah, yang dihiasi dengan sayuran segar serta hirisan limau dalam sepinggan mi goreng Pulau Pinang ini. Tentunya lain daripada yang lain, rasanya yang manis, pedas dan masam membuatkan ramai orang beratur panjang untuk merasai keenakan hidangan ini. Jadi pastikan anda datang awal untuk mendapatkan meja.

Kunjungi:

Bangkok Lane’s Mee Goreng

280, Jalan Burma, 10350 George Town

Waktu operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang

4. Kurma Kambing

Bayangkan kambing lembut dan penuh perisa serta kuah kurma yang membangkit selera. Ditambah pula dengan chapati. Restoran Tajuddin Hussain antara yang terbaik dan masih mengekalkan citarasa asli. Yang popular di sini pastinya pelbagai pilihan kari dan selain kuah kurma, kami cadangkan kari ayam ros. Rasa pedasnya buat anda ketagih dan mahu lagi dan lagi.

Kunjungi:

Tajuddin Hussain

45, Lebuh Queen, 10200 George Town

Waktu operasi: 11 pagi – 3.30 petang, 6.30 petang – 10.00 malam

5. Nasi Dalca

Nasi dalca terbaik di Pulau Pinang boleh didapati tak lain dan tak bukan, di Little India. Nasi panas yang dilimpahi kuah dal serta cebisan ayam serta chutney pasti membangkitkan selera. Dan letusan rasa ini saling melengkapi, menghasilkan sepinggan nasi unik dan enak.

Kunjungi:

Nasi Dalca Rahim

Lebuh Queen, 10200 George Town

Waktu operasi: 5.30 petang – 12.30 pagi

6. Roti Canai

Jalan Transfer Pulau Pinang sentiasa sibuk pada sebelah pagi, kadangkala hingga tengah hari. Sebabnya? Tentulah kerana roti canai dan roti goyang yang popular. Rasa pedas, kari harum dan roti canai adalah gabungan yang sangat baik. Kepedasan kari yang melimpahi roti canai itu ditambah lagi dengan sambal, membuatkan hidangan ini sangat-sangat sedap! Kalau ada hidangan yang boleh buat anda bangun pagi, inilah dia.

Kunjungi:

Roti Canai Jalan Transfer

Jalan Transfer, 10050 George Town

Waktu operasi: 7.30 pagi – 1.30 petang

7. Roti Goyang

Goyang goyang ewah! Roti bakar dengan mentega serta telur separuh masak, itu saja. Tapi cukup enak untuk buat anda menggoyangkan badan sambil memakannya. Sarapan pagi ala kampung orang Malaysia ini cukup sempurna. Anda perlu menjangkakan rasa dan tekstur – masin, berlemak dan rangup – digabungkan dengan indah sekali. Lengkapkan hidangan anda dengan secawan teh tarik yang pasti buat anda gembira sepanjang hari.

Kunjungi:

Roti Goyang Jalan Transfer

Jalan Transfer, 10050 George Town

Waktu operasi: 7.30 pagi – 1.30 petang

8. Nasi campur lauk kampung

Mahu merasai hidangan yang buat anda rindukan rumah atau kampung halaman? Kunjungi Restoran Minah untuk pelbagai pilihan lauk pauk masakan Melayu! Kami sangat sukakan kerabu kacang botol dan cencaru sumbat yang disediakan di sini. Lauk pauk di sini agak laris, jadi datang awal untuk merasai kesemuanya.

Kunjungi:

Restoran Minah

Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor

Waktu operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang

9. Pasembor

Nikmati pilihan pasembor yang enak-enak belaka apabila anda mengunjungi Gurney Drive. Jika anda bertuah, anda boleh melihat pemilik gerai pasembor menari ‘Disko Pasembur’ sambil menyediakan pesanan anda. Rasa kuah kacang, sos rojak pedas yang digabungkan dengan makanan goreng membuatkan pasembor snek yang sesuai untuk dikongsi bagi hidangan lewat malam.

Kunjungi:

Disko Pasembur

Persiaran Gurney, 10250 George Town

Waktu operasi: 4.00 petang – 11.30 malam

10. Coconut shake

Apa kata anda cuba pencuci mulut popular di Pulau Pinang iaitu coconut shake – segelas air kelapa yang dikisar dengan ais krim vanila dan ais. Tak ada  coconut shake yang lebih sinonim dengan Pulau Pinang melainkan di kedai Jalil. Sejukkan sebentar tekak anda dengan air penuh krim di sini.

Kunjungi:

Ais Kacang Istimewa Jalil & Coconut Shake

1, Jalan Light, 10200 George Town

Waktu operasi: 9.00 pagi – 9.00 malam

11. Cendol

Apa yang membuatkan cendol sangat menarik ialah kombinasi masin dan manisnya. Cendol sesuai sebagai minuman atau snek ringan tak kira apa pun cuaca. Cuba cendol kegemaran ramai, Teochew, yang terletak di Jalan Pulau Pinang.

Kunjungi:

Penang Road Famous Teochew Chendul

Jalan Pulau Pinang, 10450 George Town

Waktu operasi: 10.30 pagi – 7.00 malam

12. Chicken Chop Hainanese

Kalau anda tak pernah cuba chicken chop Hainanese, inilah masanya. Ayamnya empuk, dan rangup serta disaluti dengan sos masam manis yang mengiurkan. Versi ini didatangkan dengan salad, kacang panggang dan kentang goreng. Hidangan lengkap ini pastinya hidang fushion yang patut anda cuba!

Kunjungi:

Kota Selera Food Court (bersebelahan Fort Cornwallis)

Padang Kota Lama, 10200 George Town

Waktu operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam

13. Mi udang

Kredit: Restoran Ilyana Cafe

Rasa yang kuat dari udang dalam kuah mi ini pasti membangkitkan selera penggemar makanan laut. Ramai penduduk Pulau mengesyorkan Kafe Ilyana sebagai hidangan mi udang yang sempurna. Terletak di Gertak Sanggul, mi undang pasti sesuatu yang berbaloi untuk anda datang ke mari.

Kunjungi:

10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas

Waktu operasi: 12.00 tengah hari – 1.00 pagi

14. Nasi kandar

Kredit: Restoran Hameediyah

Senarai ini tak lengkap tanpa nasi kandar yang legend. Terkenal di Pulau Pinang ini sendiri, nasi kandar selalunya terdiri daripada nasi putih, yang dihidangkan dengan pelbagai kari dan hidangan sampingan. Anda juga boleh memilih bagaimana ia dihidangkan asalkan anda menikmatinya! Kunjungi Hameediyah untuk rasa asli sebenar.

Kunjungi:

Restoran Hameediayah

Lebuh Campbell, 10200 George Town

Waktu operasi: 10.00 pagi – 10.30 petang

15. Asam laksa

Ada yang kata Pulau Pinang ada asam laksa terbaik. Rasanya yang pedas dan masam memang kena pada selera rakyat Malaysia. Jadi tak hairanlah Laksa Jaggus digemari ramai kerana rasa dan harganya yang berbaloi.

Kunjungi:

Laksa Janggus

338 MK, Jalan Bharu, 11000 Kampung Perlis

Waktu operasi: 3.30 petang – 8.00 malam

_________________________________________________________________________

Anda dahayakan pengembaraan jalan-jalan cari makan? Jom ke Pulau Pinang! Tempah hotel dan penerbangan di Traveloka di sini.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share