Rasa Halal Serata Dunia

Segarkan diri: 5 kopitiam popular di Singapura

Ahhh, kopi… Ramai yang tidak dapat memulakan hari mereka tanpa secawan kopi panas. Walaupun ketika mengembara, pencinta kopi akan mencari kopi terbaik yang ditawarkan di serata dunia. Dengan kewujudan kopi moden dan kafe hip, inilah masa yang paling sesuai untuk melihat budaya kopi di Singapura.

Kalau anda perlukan suntikan adrenalin, inilah tempat-tempat yang patut anda kunjungi di Singapura:

1. Common Man Coffee Roasters

Sumber: commonmancoffee / Instagram

Dianggap sebagai salah satu paragon untuk fenomena kopi di Singapura, jika anda sedang mencari secawan yang enak dan tidak pasti di mana, Common Man Coffee Roasters (CMCR) ialah pertaruhan yang berbaloi.

Biji kopi yang digunakan di sini diambil dari serata dunia, dan mereka bekerjasama dengan penanam biji kopi untuk memastikan kualiti kopi yang premium dihidangkan kepada pelanggan mereka. Selain daripada campuran kopi mengikut musim, mereka juga memiliki: CMCR Espresso dan 22 Martin. Yang mana mempunyai kelainan dari segi rasa dan kepekatan campuran kopi. Masing-masing berbeza kerana campuran 3 jenis biji kopi yang berasal dari Sumatra, Brazail dan Ethiopia.

Jika anda terasa lapar, anda bertuah: Sarapan lewat pagi di CMCR adalah antara yang terbaik di Singapura. Cuba Sarapan Turkish Common Man atau Lempeng Common Man Fluffy.

Pastikan anda kunjungi Grounded oleh CMCR, ruang yang terletak di atas kafe – kawasan tempat duduknya menawarkan suasana yang lebih relaks.

Alamat:  #01-00, 22 Martin Road, Singapura 239058

Waktu operasi: Monday – Ahad, 7.30 pagi – 6.00 petang (pesanan terakhir pada 5 petang)

Stesen MRT terdekat: Clarke Quay

 

2. Artistry Café

Sumber: artistrycafesg / Instagram

Anda lebih menyukai kopi anda yang dipelbagaikan? Jadi Artistry ialah tempatnya – bukan sahaja menyediakan kopi yang baru dibru, kafe ini juga beroperasi sebagai galeri seni yang mempamerkan hasil seni artis-artis Singapura dan ruang komuniti untuk acara dan pertunjukkan.

Terletak di kawasan aman di daerah warisan Kampong Glam, Artistry mendapatkan sumber terbaik mereka daripada pemangang biji kopi tempatan, Liberty Coffee, dengan setiap campuran yang berubah mengikut musim. Namun, adunan Speakeasy – separa masak, adunan dengan rasa lemak daripada biji kopi Brazil dan Jamaica ialah kegemaran pengunjung di kafe ini.

Bagi hidangan makanan di sini, Chilli Crab Burger dan Roti Bakar Mentega Kacang dan Jeli patut anda cuba.

Alamat: 17, Jalan Pinang, Singapura 199149

Waktu operasi: Selasa – Sabtu, 10 pagi – 11.30 malam; Ahad, 10.00 pagi – 7.00 malam (ditutup setiap Isnin)

Stesen MRT terdekat: Bugis

 

3. Stamping Ground Coffee

Sumber: stampinggroundcoffee / Instagram

Bagi bersaing dikalangan kafe-kafe yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, lebih banyak kedai kopi atau kaffe telah mencuba gaya fusion dengan mengubah perniagaan mereka menjadi kafe buku, kafe seni dan sebagainya. Malah kafe bunga: di mana kedai kopi bergabung dengan rumah hijau.

Stamping Ground Coffee ialah contohnya – kafe unik ini berkongsi ruang dengan Dawn Q Floral Design, dan menggabungkan suasana yang selesa dan nyaman serta aroma memikat kopi yang baru dikisar. Sememangnya tempat yang sempurna untuk memulakan hari anda.

Kafe ini bukan sahaja unik malah menghidangkan ramuan kopi daripada biji kopi asli sumber tempatan iaitu Papa Palheta dan Rumble Coffee Roasters dari Melbourne. Diadun dengan kombinasi yang sempurna dan campuran yang diputar kerap, sedikit sahaja perubahan dalam kopi anda di sini, anda pasti tahu perbezaan dari segi rasanya. Cukup untuk beritahu betapa sempurnanya cara pembuatan kopi mereka.

Cuba kopi yang dibru sejuk, dilimpahi dengan campuran susu, air kelapa segar, atau susu segar badam.

Alamat:  87, Upper East Coast Road, Singapura 455223

Waktu operasi: Selasa – Ahad, 9 pagi – 6 petang (ditutup setiap Isnin)

Stesen MRT terdekat: Bedok

 

4. Candour Coffee

Sumber: candourcoffee / Instagram

Jika anda penggemar tegar kopi, pasti anda pernah mendengar pemanggang biji kopi popular, Dukes Coffee Roasters dan Market Lane Coffee, yang berpusat di bandar kopi dunia iaitu Melborne.

Perasaan seperti terbang terus ke Australia, kopi yang diimport oleh kafe ini membawa para pengunjungnya ke negara kanggaru dengan hanya menikmati hirupan segar kopi yang dihidangkan oleh mereka. Jika anda bertuah, anda boleh mencuba campuran daripada pemanggang popular dunia, seperti Square Mile Coffee, London atau Cupping Room, Hong Kong.

Selain kopinya yang mendapat sambutan hangat, Candour juga memiliki suasana kafe yang tenang dan layanan mesra membuatkan anda mahu duduk lebih lama di sana dan memesan secawan kopi lagi.

Alamat: 41, Beach Road, Singapura 189680

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7.30 pagi – 9.00 malam

Stesen MRT terdekat: Bugis

 

5. Chye Seng Huat Hardware

Sumber: cshhcoffee / Instagram

Kami tidak salahkan anda jika anda terlepas pandang Chye Seng Huat Hardware (CSHH) kerana menyangkakan ia ialah kedai perkakas yang terbiar. Sebenarnya, bangunan yang pernah menjadi kedai perkakas ini telah diubah suai menjadi sebuah kafe yang unik dan tersendiri. Walaupun rupanya tidak seberapa, kedai kopi ini sebenarnya antara paling dikenali di Singapura.

Dikendalikan oleh Papa Palheta sebagai kedai utama mereka, bangunan itu menempatkan Roastery dan CSHH Coffee Bar, satu-satunya bar kopi 360 darjah di Singapura. Keunikan bar ini membolehkan anda menonton barista menunjukkan bakat handalan mereka dan berinteraksi sambil menikmati kopi anda.

Di tingkat atas, anda boleh belajar lebih lagi tentang seni pembuatan kopi dan mencuba alatan serta mesin membuat kopi di C-PlatForm.

Anda patut cuba kopi dibru sejuk di CSSHH yang menghilangkan rasa dahaga anda dikala panas terik. Tidak lupa juga makanan di CSSHH yang pastinya membangkitkan selera anda yang kelaparan.

Alamat: 150, Tyrwhitt Road, Singapura 207563

Waktu operasi: Selasa – Khamis, 9 pagi – 7 malam; Jumaat – Ahad, 9 pagi – 10 malam (Ditutup setiap isnin)

Stesen MRT terdekat: Lavender/Farrer Park

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

1 Shares
Share1
Tweet
+1
Pin
Share