Rasa Halal Serata Dunia

8 makanan enak di Taiping yang buat anda mahu ke sana sekarang

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

Taiping, bandar yang kurang mendapat perhatian. Dengan taman tasik yang indah dikelilingi pula dengan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun, serta gunung-ganang yang terlihat dari kejauhan, Taiping sebenarnya adalah kawasan perlindungan untuk pencinta alam semula jadi dan yang sukakan suasana aman.

Tak hairanlah Taiping telah dinamakan oleh International Tourismus-Börse sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia, selepas Ljubljana, Slovenia dan Vancouver, Canada.

Tapi berhenti sejenak dan lihat lebih jauh ke jalan-jalan di Taiping dan anda akan dapat melihat bandar yang penuh dengan sejarah, dengan banyak restoran yang beroperasi berdekad lamanya.

Makanan di Taiping mungkin kurang dikenali seperti di Ipoh, tapi untuk bandar kecil, kualiti makanannya setanding yang lain. Terdapat pelbagai pilihan terutamanya makanan tempatan seperti cendol dan nasi lemak, dan juga makanan unik lain seperti mi udang dan mi ketam.

Kami pasti jalan-jalan cari makan di Taping pastinya tidak akan mengecewakan anda. Di sini, kami senaraikan supaya ia lebih mudah untuk anda buat pilihan. Jom!

Yut Sun Restaurant

Kredit: cik_snowhite

Telah beroperasi hampir 100 tahun, Yut Sun sering dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Perniagaannya yang berada dalam bangunan pra-peperangan mempunyai aura kopitiam lama, lengkap dengan meja marmar, kerusi kayu dan lantai mozek yang berwarna-warni. Restaurant ini juga mesra muslim kerana diiktiraf Halal. Anda mesti cuba chicken chop Hainan. Daging ayamnya yang lembut dan rangup dilengkapkan lagi dengan sos coklat – buat anda mahu lagi dan lagi!

Yut Sun Restaurant

78 & 80, Jalan Pasar, 34000, Taiping, Perak

Waktu operasi: 8.00 pagi – 7.00 malam (ditutup setiap Ahad)

Tel: 05-8083250

Doli Kuey Teow Goreng

Kredti: Noor Azalia Ahmad

Satu lagi tempat makan yang sudah berdekad lamanya, Doli Kuey Teow Goreng yang popular dikalangan yang mencari makanan enak. Kuey teow goreng ala cina ini dihidangkan dengan kerang dan udang yang banyak. Cukup enak!

Doli Kuey Teow Goreng

No. 5, Regat Tupai, Taiping.

Waktu operasi: 12.00 tengah hari – 11.00 malam (Ditutup pada hari Jumaat)

Bismillah Cendol

Semangkuk cendol sejuk semestinya menyegarkan dikala hari yang panas. Bismillah Cendol telah beroperasi sejak tahun 1993 dan telah menawan hati para pelanggannya hingga sekarang. Kami cadangkan anda cuba cendol bersama pulut.

Bismillah Cendol

Lot 233, Jalan Barrack, Taiping

Waktu operasi: 8:00 pagi – 6.00 petang

Nasi Lemak Warung Muhibbah

Kredit: Anwar Zaki

Senarai anda tidak lengkap tanpa nasi lemak. Dan di Warung Muhibbah menyediakan nasi lemak dengan lauk-pauk yang sesuai untuk anda nikmati dengan nasi lemak anda. Datang awal untuk mengelak daripada beratur panjang ya.

Nasi Lemak Warung Muhibbah

Taman Tupai Mas, Taiping

Waktu operasi: 6.30 pagi – 12 tengah hari

Tel: 017-5606406

Larut Matang Food Court

Kalau anda seorang yang susah untuk membuat pilihan, food court dengan lebih 120 kedai ini sesuai untuk anda kerana pelbagai pilihan yang ditawarkan. Pergi ke sini awal pagi untuk sarapan atau makan tengah hari. Terdapat dua bahagian iaitu halal dan tidak halal. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk memilih makanan ya.

Larut Matang Food Court

Jalan Panggung Wayang, Taiping, 34000

Waktu operasi: 7:00 pagi – 6.00 petang

Restoran Tepi Sungai

Kalau anda ada lebih masa dan tak kisah memandu keluar dari Taiping, pergi ke Kuala Sepetang atau Port Weld untuk menikmati makanan laut di perkampungan nelayan di sini. Kunjungi Restoran Tepi sungai dan nikmati makanan serta minuman anda dengan pemandangan matahari terbenam yang indah. Restoran dua tingkat ini mempunyai dok bot nelayannya sendiri jadi penghantaran bahan mentahnya segar-segar belaka. Kami cadangkan anda cuba telur dadar tiram, udang goreng dan ketam bunga bakar.

Restoran Tepi Sungai

Jalan Sungai Manggis, Kampung Kuala Sepetang

Waktu operasi: 12:00 tengah hari – 9:00 malam

Mee Udang Mak Jah

Juga di Kuala Sepetang, gerai Mak Jah terkenal dengan mee udang yang segar dan udang yang banyak. Di sini, Mak Jah memastikan yang setiap mangkuk mempunyai lima hingga tujuh ekor udang yang besar-besar dan enak, dihidangkan dalam kuah pekat yang manis dan pedas. Percayalah, harganya berbaloi sekali!

Mee Udang Mak Jah

Kampung Menteri, Kuala Sepetang

Waktu operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Ditutup setiap Rabu)

Tel: 05-898-1400 / 012-293-1101 / 017-469-5026

Cik Jan Mee Ketam

Kredit: Syahirah Yusof

Untuk hidangan makanan laut yang terakhir, kami cadangkan yang terbaik iaitu mee ketam yang dihidangkan oleh Restoran Cik Jan Mee Ketam di Kampung Dew, 20 minit memandu ke utara Taiping. Tak susah pun untuk cari gerai ini kerana ia berada betul-betul di terminal jeti. Hasil tangkapan di restoran ini segar-segar belaka dan dimasak dalam kuah santan yang enak berlemak. Lebih enak lagi apabila dimakan dengan tangan. Kami cadangkan anda ke sini sebelum mencuba lawatan untuk melihat kunang-kunang!

Mee Ketam Kampung Dew

No 1A, Kampung Dew, Simpang Empat Semanggol

Waktu operasi: 3.00 petang – 11.00 malam

Tel: 019-5746454

 

Dengan banyak pilihan makanan yang enak menanti untuk ditemui, Taiping patut berada dalam senarai teratas destinasi lawat anda.

______________________________________________________________________

Rancang jalan-jalan cari makan anda di Taiping sekarang. Perjalanan anda pasti lebih mudah dengan tempahan hotel dan penerbangan di Traveloka.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share