Rasa Halal Serata Dunia

6 tempat patut dikunjungi di George Town dan tempat makan yang sedap

Wow, cepatnya masa berlalu: tahukah anda sudah hampir sedekad George Town dinamakan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO?

Bagi memperingati bandar ini, Pulau Pinang telah meraikan setiap 7 Julai sebagai Hari Bandar Warisan Dunia untuk George Town.

Tahun ini, George Town telah menjemput pelawat untuk merasai sendiri keunikan dan kepelbagaian budaya ini melalui tradisinya.

Mari kita lihat kenapa pusat bandar Pulau Pinang ini sangat disukai oleh para pengembara. (Dan kerana kami tahu anda suka makan, kami juga menyertakan sekali tempat makan berdekatan supaya anda tidak perlu pergi jauh – sama-sama!)

1.  Jalan-jalan di Bandar George Town Lama

Mural yang dikenali sebagai “Brother and Sister on a sing” oleh artis tempatan Louis Gan. Sumber: Giftography / Shutterstock.com

Apabila anda menyebut George Town, tempat penuh bersejarah yang terkenal ini sudah pasti menjadi yang pertama muncul dalam minda setiap orang, terutama sekali seni jalannya yang interaktif.

Pada 2012, Ernest Zacharevic, artis kelahiran Lithuania telah memberi nafas baru kepada dinding-dinding pada bangunan lama di George Town dengan melukis mural yang menggabungkan objek sebenar dengan lukisannya. Hasil mural yang bijak ini telah meletak bandar ini di peta dunia.

Hasil seni para artis lain telah menjadi sebahagian seni jalanan yang masih kekal sehingga ke hari ini di jalan-jalan dan lorong-lorong di George Town. Pelancongan Pulau Pinang juga menggalakkan pelancong utuk mencari hasil seni ini dengan menghasilkan peta navigasi untuk memudahkan mereka melihat dengan lebih dekat semua hasil seni yang tersedia. Anda boleh lihat di sini. (Sila ambil perhatian bahawa beberapa mural, seperti “Bot” dan “Patah Hati”, telah dimansuhkan.)

Tempat makan berdekatan: China House; Chulia Street Night Hawker Stalls.

2.  Khoo Kongsi

George Town adalah rumah kepada banyak puak bangsa Cina yang terkenal, kebanyakkannya menubuhkan struktur rumah puak yang terperinci apabila mereka pertama kali menetap di Pulau Pinang, yang dikenali sebagai kongsi.

Puak kongsi bermaksud mewakili kejayaan dan kekayaan keluarga, dan juga merupakan tempat pertemuan keluarga dan pemujaan nenek moyang.

Puak Khoo kongsi ialah rumah puak yang paling banyak dikunjungi, dan dianggap paling gah kerana reka bentuk hiasannya.

Ukiran emas dan patung batu di sini adalah sesuatu yang patut dilihat.

Tempat makan berdekatan: Edelweiss Cafe; Ping Hooi Cafe.

3.  Blue Mansion

Rumah agam Cheong Fatt Tze atau lebih dikenali sebagai Blue Mansion kerana tona warna biru yang menyerlah merupakan rumah agam yang masih elok terpelihara dan memiliki seni bina Hakka-Teochew abad ke 18 dan 19. Dan ia adalah antara rumah agam tradisional Cina yang masih kekal di luar China.

Struktur megah ini diberi nama sempena Cheong Fatt Tze, saudagar Hakka yang kaya dan mengarahkan pembinaan rumah ini pada tahun 1880-an.

Rumah mewah ini mempunyai 38 bilik, dengan lima halaman berturap granit, tujuh tangga, dan 220 tingkap berbingkai kayu. Walaupun sebahagian daripadanya masih kekal sebagai kediaman persendirian, sebahagian yang lain beroperasi sebagai sebuah muzium yang dibuka kepada orang ramai dan sebahagian lagi dijalankan sebagai penginapan dan sarapan.

Tempat makan berdekatan: Hameediyah Restaurant; Kek Seng Ais Kacang.

4.  Fort Cornwallis

Sumber: KeongDaGreat / Shutterstock.com

Terletak di sepanjang pantai timur laut Pulau Pinang, Fort Cornwallis merupakan kubu kuat terbesar di Malaysia.

Benteng berbentuk bintang pertama kali dibina pada tahun 1786, ketika Kapten British Francis Light mengambil alih Pulau Pinang dari Sultan Kedah.

Anda masih melawat artifak dan struktur yang asal, seperti chapel, penjara kecil, kawasan simpanan peluru, lampu pelabuhan, dan meriam lama berwarna gangsa.

Tempat makan berdekatan: Hameed Pata Mee Spesial; Pasembur Hussain.

5.  Rumah Agam Pinang Peranakan

Sumber: gracethang2 / Shutterstock.com

Satu lagi kediaman terkenal di Pulau Pinang ialah Rumah Agam Pinang Peranakan yang telah diubah menjadi sebuah muzium yang didedikasikan untuk sejarah Peranakan di pulau itu.

Juga dikenal sebagai Baba Nyonya, masyarakat Peranakan adalah keturunan pendatang Cina, yang mengasimilasikan budaya Melayu tempatan.

Rumah itu pernah menjadi rumah hartawan Cina abad ke-19, Chung Keng Quee, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di Pulau Pinang pada masa itu.

Manor berwarna jed, yang menggabungkan reka bentuk seni bina Cina dan Eropah, kini menampilkan barang-barang antik dan artifak Peranakan yang unik.

Tempat makan berdekatan: Auntie Gaik Lean’s; Jawi House Cafe & Gallery.

6.  Taman Botanik Pulau Pinang

Jelajah ke sisi yang lebih hijau di George Town di Taman Botanik Pulau Pinang, yang terletak di pinggir bandar.

Taman yang dibina oleh orang British pada lewat 1880-an ini juga dikenali sebagai Taman Air Terjun kerana air terjun yang berdekatan. Yang uniknya tentang taman ini, ia pernah menjadi tapak kuari lama.

Taman seluas 30 hektar ini adalah antara tempat terbaik untuk laluan orang ramai yang ingin bersenam dan mendaki – yang juga akan membawa anda ke Bukit Bendera, di mana anda akan dapat melihat panorama pulau itu. Laluan ini bermula dari Moon Gate berhampiran pintu masuk taman di Jalan Kebun Bunga.

Tempat makan berdekatan: Waterfall Cafe: Astaka Bukit Bendera (juga dikenali sebagai Cliff Cafe)

Dah tahu mahu ke mana? Sebelum anda kemas beg anda untuk ke Pulau Pinang, pastikan anda menempah penerbangan dan hotel anda sekarang!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share