Rasa Halal Serata Dunia

5 tempat makan halal dengan yang diberi bintang Michelin

Sebagai seorang muslim, agak susah untuk mencuba restoran yang disenaraikan dalam senarai Michelin kerana kebanyakannya tidak mempunyai makanan yang halal. Tapi kalau anda nak tahu, tempat makan bertaraf Michelin yang mesra-Muslim memang wujud! Memang susah nak jumpa tapi sangat berbaloi untuk dicuba!

Mereka menyediakan daging halal serta pilihan makanan ‘vegetarian’. Ini lima restoran yang diluluskan oleh Michelin untuk anda:

Peringatan: Semua restoran yang dalam senarai ini menyediakan alkohol kecuali Bismillah Biryani

 

Bismillah Biryani  | Singapura

Kredit: Bismillah Biryani / Facebook

Diasaskan oleh Arif Salahuddin, yang berhijrah dari Pakistan ke Singapura, Bismillah Biryani yang menjadi terkenal kerana biryani asli yang mendapat anugerah Bib Gourmand daripada pihak Michelin Guide. Jika anda dah biasa dengan versi biryani yang berminyak dan banyak kuah, ini bukan tempat yang anda cari. Kerana di sini, daging dan nasi akan dimasak dengan perlahan dan lama, jadi ia lengkap dengan letusan rasa rempah ratus yang wangi lagi enak. Cara ini juga dicipta untuk menghasilkan biryani yang kurang berminyak dan lebih sihat. (Walaupun jika anda makan biryani, anda tak peduli tentang kalori, betul tak?😜)

Biryani ayam atau daging kambing sangat disarankan tapi kalau anda nak yang versi vegetarian dan daging juga tersedia. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis hidangan lain seperti seekh kebab daging kambing (yang popular di sini), lassi mangga yang masam manis serta pista kulfi yang dicampur dengan buah pelaga, ialah pelengkap sesi jamu selera anda di sini.

Bismillah Biryani

50 Dunlop St, Singapura 209379.

Tel: +65 6935 1326

Waktu Operasi: 11.30 petang – 9 malam  | Dibuka setiap hari

 

Pollen Street Social | London

Kredit: Pollen Street Social / Facebook

Chef Jason Atheron, yang bertukar menjadi pemilik restoran flagship dengan gaya bistro kontemporari, menawarkan makanan dengan standard restoran mewah dalam suasana yang kasual. Yang menjadi perkara utama menu utama di sini ialah kualiti bahan-bahannya yang tebaik, yang diambil dari segenap negara ini. Hidangannya yang inovatif dan disediakan dengan kemahiran yang hebat, meninggalkan kesan kepada pemeriksa, cukup untuk melayakkan restoran ini mendapat Michelin Star dalam masa setahun selepas ia dibuka.

Dengan ikan bas laut dari Cornwall, ketam dari Colchester dan scallop laut dari Pulau Orkney, anda pastinya akan menikmati makanan laut terbaik di Britain. Menu pengamal vegetarian juga tak kurang hebatnya. Cuba onion squash dan sup parmesan dengan asparagus dan girolle atau telur Heritage Breeds Copper Maran dengan puri turnip, keju parmesan, sage dan serbuk kombu. Dan jangan lupa pencuci mulut soufflé Bronte pistachio dengan 70% coklat dan ais krim vanila Madagascar yang cukup enak!

Pollen Street Social

8-10 Pollen Street, Mayfair, London W1S 1NQ.

Tel: +44 20 7290 7600  

Emel: [email protected]

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 2.30 petang (Makan tengah hari); 6.00 petang – 10.30 petang (Makan malam) | Ditutup pada setiap hari Ahad

Chaegeundaam | Seoul

Restoran ketiga dalam senarai The Michelin Plate ialah restoran makanan mewah yang menyediakan makanan tradisional Korea terkenal di Seoul. Restoran ini dikenali kerana menu vegetarian yang banyak dan menggunakan herba dan sayur-sayuran yang segar serta organik. Restoran ini berbangga dengan cara mereka keupayaan mereka memilih bahan-bahan dari ladang-ladang organik tempatan.

Disenaraikan sebagai restoran mesra Muslim oleh Korea Tourism Organization (KTO), menu vegetarian di Chaegundaam terdiri daripada hidangan unik seperti natto tomato dan lempeng mini Korea, juga sup miso yang dihidangkan bersama beras perang serta hidangan sampingan. Hidangan anda tak akan lengkap tanpa pencuci mulut teh kayu manis dan buah-buah segar yang dipotong, diikuti dengan injeolmi yang kenyal, kek beras yang popular di Korea.

Chaegeundaam

23, Yeoksam-ro 98-gil, Gangnam-gu, Seoul.

Tel: +82 2-555-9173

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 3.00 petang; 5.30 petang – 8.30 malam | Dibuka setiap hari

 

Junoon | Bandaraya New York

Kredit: Junoon / Facebook

Terletak di daerah Flatiron Manhattan, Junoon memiliki hiasan dalaman yang bergaya dengan dekorasi kayu antik, menambahkan lagi kecanggihannya. Diberi nama sempena perkataan Hindi iaitu “semangat”, restoran Michelin satu bintang ini adalah satu-satunya restoran India yang diberi bintang oleh Michelin di Bandaraya New York. Restoran ini menyediakan hidangan klasik India dengan gaya kreatif. Walaupun menu makan malamnya agak mewah, tapi anda boleh mencuba menu Lunch Prix Fixe yang lebih berpatutan. Menu ini menawarkan 2 course untuk harga US$25 atau 3 course untuk US$30.

Menu Junoon mempamerkan lima elemen memasak yang istimewa di kawasan yang terkenal dengan kulinari di  India: Tandoor (Ketuhar Tanah Liat), Sigri (Dapur Api Terbuka), Patthar (Memasak dengan menggunakan Batu), Tawa (Memasak dengan menggunakan Besi Bak) dan Handi (Memasak dengan Periuk Tembikar) . Untuk makan malam, anda boleh memilih untuk mencuba semuanya dalam menu atau memesan menu à la carte. Hidangan mesti cuba termasuk Terung Rangup Chaat yang dihiasi dengan raita, chutney asam jawa, bawang merah, chaat masala; Hara Paneer Kofta dengan dumpling paneer yang cair dalam mulut; dan Nan Rempah Junoon, dihiasi dengan paneer dan keju gruyere dan dihiasi dengan za’atar, rempah-ratus Timur Tengah.

Junoon

27 W 24th St, New York, NY 10010.

Tel: +1 212-490-2100

Junoonnyc.com

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 3.00 petang (Makan tengah hari, setiap hari); 5.30 petang – 10.30 malam (Makan malam, Ahad-Khamis); 5.30 petang – 11.30 malam (Makan malam, Jumaat & Sabtu)

 

Sora No Iro | Tokyo

Kredit: Sora No Iro / Facebook

Apabila anda berada di Tokyo, tentu saja anda mahu menikmati semangkuk ramen yang lazat. Malangnya, kebanyakan kedai ramen menggunakan tonkatsu (sup daging babi). Tetapi, ada Sora No Iro, sebuah restoran yang disenaraikan dalam senarai Michelin Bib Gourmand yang menawarkan ramen vegan yang enak. Mereka juga membuat soba vegetarian yang cukup enak! Hidangan di sini tidak mempunyai daging atau alkohol, jadi ia menjadi tumpuan di kalangan orang ramai yang mencari makanan halal.

Kuah di sini diperbuat daripada kubis dan lobak merah. Ini memberikan rasa yang ringan dan manis. Sementara itu mi ramen jeruk buatan tangan pula mempunyai paprika yang dicampur ke dalam adunan. Telur yang dipotong separuh, direndam dalam sup hangat dan diberi perasa dengan sedikit kicap. Satu mangkuk berharga ¥ 1,100 (RM40). Terletak kira-kira lima minit berjalan kaki dari Stesen Kojimachi, restoran ini terkenal di kalangan pekerja pejabat di kawasan itu, jadi jangan terkejut sekiranya anda melihat barisan yang panjang semasa makan tengah hari (tetapi bergerak pantas kerana kecekapan orang Jepun).

Sora No Iro

1B Blue Building Honkan, 1-3-10 Hirakawa-cho, Chiyoda-ku, Tokyo.

Tel: +81 33 263 5460

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 3.30 petang; 6.00 petang – 10.00 petang (Isnin-Jumaat) | 11.30 pagi – 3.30 petang (Sabtu) | Ditutup pada setiap Ahad

______________________________________________________________________

Mencari hidangan yang diberi bintang oleh Michelin tak semestinya perlu berhabis duit – kami telah jumpa banyak hidangan murah yang diiktiraf Michelin di seluruh dunia.  Dan sudah tentu hidangan-hidangan ini lazat dan berbaloi untuk dicuba!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share