Inspirasi

Penginapan unik: Barbie Suite di Santa Fe, Mexico

Ditulis oleh: Farah Hanan Azahar

 

Peminat Barbie, bergabung!

Pejam celik, dah 60 tahun sebenarnya umur Barbie tahun ini. Tetapi, patung ikonik ini masih (dan akan sentiasa) kelihatan muda dan bergaya. Para peminat tegar patung keluaran Mattel ini pasti pernah berangan-angan memiliki sebuah kenderaan Barbie DreamCamper untuk dipandu dan berkhemah bersama kawan-kawan, betul tak?

Kredit: Mattel

 

Kredit: Hilton

Angan-angan mereka boleh jadi kenyataan! Di bandar Santa Fe, Mexico, anda berpeluang menginap dalam Barbie Suite istimewa yang turut menampilkan sebuah DreamCamper bersaiz sebenar.

Kredit: Facebook Hilton Mexico City Santa Fe

Hotel Hilton Mexico City Santa Fe telah bekerjasama dengan Mattel sempena sambutan ulangtahun Barbie yang ke-60 untuk menawarkan tetamu penginapan bertema Barbie yang penuh gaya dan glamor, sama seperti fantasi patung ‘fashionista’ ini yang digambarkan melalui mainan dan filem-filemnya yang popular.

Pengalaman unik sebaik saja mendaftar masuk

Kredit: Hilton

Mereka yang telah membuat tempahan untuk menginap di Barbie Suite ini pasti tahu di mana untuk mendaftar masuk. Lihat sajalah karpet merah jambu terang yang mencuri perhatian ini!

Kredit: Hilton

Jenama hotel mewah Hilton sangat dikenali dengan konsep reka bentuk yang kontemporari dan bergaya. Jadi, tidak hairanlah jika hiasan dalamannya membuat anda terpegun. Selain gambar-gambar ‘pop art’ Barbie yang dipamerkan di lobi hotel ini, ia turut menempatkan koleksi patung Barbie dari 6 dekad lalu yang jarang boleh ditemui. Ada banyak sudut bergambar yang cantik di sini, termasuklah sebuah replika gergasi kasut tinggi Barbie yang menyambut anda di sudut lobi.

 

Kemudahan eksklusif, khas buat tetamu Barbie Suite

Kredit: Hilton

Tetamu yang menginap di suite istimewa ini diberikan akses ke kawasan makan eksklusif bertema Barbie yang disediakan di Restoran & Bar Madera kepunyaan Hotel Hilton Mexico City Santa Fe. Anda boleh mencuba menu yang diinspirasikan daripada dunia patung ini seperti pizza berbentuk hati, gnocchi dengan sos merah jambu, pencuci mulut seperti kek red velvet dan kek cawan, serta pilihan minuman Barbie smoothie atau kopi rose latte.

Kredit: Hilton

Dengan tempat istirahat yang elegan seperti ini, mana-mana peminat Barbie pasti tidak kisah untuk meluangkan berjam-jam di sini! Hotel ini menyediakan kawasan peribadi di kolam renangnya pada tingkat 15 khas untuk mereka yang menginap di Barbie Suite. Bayangkan anda bersantai di sini sambil menggayakan baju mandi paling menawan, berkaca mata hitam dan katakan pada tetamu lain, “Hola!”. (Eh, berangan pula.)

 

Ruang bilik bercirikan dunia idaman Barbie

Kredit: Hilton

Ingat tak Barbie Dreamhouse yang dari dulu menjadi rebutan kanak-kanak perempuan? Siapa yang ada mainan ini, dialah yang paling popular kerana ada ramai kawan. Menampilkan dua bilik yang bersambung, ruang dalam Barbie Suite ini diinspirasikan oleh set mainan tersebut. Suasananya yang bergaya dan ceria sesuai untuk pelawat berkeluarga ataupun sekumpulan kawan-kawan rapat.

Kredit: Facebook Hilton Mexico City Santa Fe

Bilik utama lebih sesuai untuk tetamu dewasa atau ibu bapa, dengan hiasan dalaman yang menghidupkan kembali nostalgia buat mereka yang pernah membesar dengan patung ini. Hiasan biliknya mengekalkan konsep elegan yang sinonim dengan jenama Hilton, walaupun masih mempunyai ciri-ciri dunia Barbie.

Kredit: Hilton

Bilik sambungan yang direka khas untuk kanak-kanak ini akan membuat si kecil anda menjerit penuh keterujaan apabila melihatnya! Mereka boleh bermalam di katil dua tingkat berkonsepkan Barbie DreamCamper. Beralaskan rumput karpet, ia memberikan suasana ‘glamping’ seperti berada di dunia luar. Ruang ini dilengkapi banyak mainan dan patung-patung Barbie untuk anak anda meluangkan masa dalam alam imaginasi mereka.

Kredit: Hilton

Menjanjikan pengalaman bertema yang lengkap, hiasan di ruang mandi Barbie Suite ini tidak terkecuali. Ia dilengkapi beberapa peralatan mandi asas jenama Barbie seperti syampu dan ubat gigi. Tetamu yang menginap di sini bukan sahaja akan meninggalkan hotel ini dengan kenangan manis, malah akan membawa pulang beberapa cenderahati Barbie yang istimewa untuk mengingati percutian anda di hotel mewah ini.

Kewujudan karakter patung ini dapat dirasakan di setiap sudut dengan elemen hiasan, katil, mainan, patung-patung, serta kemudahan dan aktiviti yang diinspirasikan oleh beberapa gabungan set mainannya yang sebenar. Harga penginapan ini bermula dari USD 189 semalam, dan kami rasa ia berbaloi untuk pengalaman sekali seumur hidup dalam dunia fantasi yang pernah anda impikan ini. Lokasi Hotel Hilton Mexico City Santa Fe ini yang terletak di daerah perdagangan besar bandar Mexico juga memberi akses mudah untuk pelancong yang inginkan lebih pengembaraan.

Sebelum anda mengatakan “adiós” kepada laman ini, lihat video di bawah untuk gambaran suasana Barbie Suite ini dengan lebih jelas:

Kredit: Hilton Santa Fe Mexico City Facebook

Penginapan Barbie Suite yang baru dilancarkan pada bulan Mac lalu hanya ditawarkan untuk waktu yang terhad, sehingga hujung Disember 2019. Haa, tunggu apa lagi? Segera rancang dan tempah percutian anda ke Mexico dan tempah penginapan anda di sini!

_______________________________

Ketahui tempat-tempat unik yang terkini di sekeliling dunia untuk dikunjungi dan buat orang lain cemburu! Kami ada banyak lagi koleksi destinasi dan tempat menarik untuk dikongsi. Pastikan anda membaca artikel kami yang seterusnya di blog Traveloka!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share