0

Traveloka MY

26 Jul 2017 - 3 min read

8 Instagrammer yang buat anda teringin untuk mengembara dunia

Sejak adanya ciptaan telefon dengan kamera dan app foto, segalanya jadi mudah untuk merakamkan detik-detik indah pengembaraan anda (dan mungkin menambah filter untuk mencantikkannya lagi).

Jika anda sedang mencari inspirasi bagi pengembaraan anda yang seterusnya, lihat saja di Instagram - terdapat ramai pengembara yang berkongsi foto yang mengagumkan untuk pengembaraan mereka.

Walaupun ada para Instagrammer yang memuat naik destinasi yang begitu jauh, ada yang menumpukan destinasi di sekitar Asia yang dekat dengan hati mereka.

Jadi, ketika anda meilhat akaun-akaun Instagram ini, anda mungkin rasa cemburu atau mahu menyimpan hasrat mengembara ke seluruh dunia. Tekan “Follow” kalau anda berani!

1. Junanto Herdiawan

Menggelarkan dirinya sebagai “Pengembara Terbang”, sedetik melihat akaun Instagram Junanto anda akan tahu kenapa beliau menggelarkan dirinya begitu: kebanyakkan gambar-gambar Instagrammer ini menampilkan beliau “terbang” di banyak mercu tanda seluruh dunia. Hebat! (Dia juga dengan baik hati berkongsi dengan pengikutnya bagaimana beliau melakukan aksi itu.)

Pekerjaan harian Junanto di salah satu bank di Indonesia mungkin tidak menarik perhatian anda tapi pekerjaan itulah yang merealisasikan impiannya untuk menjelajah dunia. Selain daripada menyukai pengembaraan, beliau juga penggemar makanan, dan percaya yang pertumbuhan ekonomi negara dan kebahagiaan bukan sekadar produk ekonomi, tetapi juga budaya, sejarah, dan masyarakatnya.

Ikuti beliau di: @junantoheridiawan

2. Aisyah Ariffin

Rakyat Singapura yang cantik ini mempunyai pekerjaan terbaik bagi sesiapa yang suka melancong: beliau ialah pramugari.

Pekerjaannya membawa beliau terbang ke merata tempat di seluruh dunia dan inilah yang menjadi inspirasinya untuk mengambil gambar yang cantik-cantik belaka. (Tentu sekali dengan sedikit bantuan daripada app popular, VSCO.)

Dari kawasan ajaib di Iceland hingga ke kuil-kuil purba di Yogyakarta, gambar-gambar di IG nya akan membuat anda mahu meninggalkan kerja anda sekarang untuk menyertai anak kapal kabin syarikat penerbangan!

Ikuti beliau di: @foxinthsnw

3. Kenneth Ephraim Surat

Kenneth ialah seorang arkitek, tapi menganggap melancong ialah minat sebenarnya. Jadi beliau telah pergi ke lebih daripada 34 negara (dan banyak lagi!).

Selain melancong ke luar negara, anda akan dapat melihat banyak gambar beliau yang menunjukkan keindahan tanah airnya sendiri, Filipina.

Kenneth juga mereka bentuk dan menghasilkan produk kulit sangat sesuai untuk semua pengembara, seperti jurnal, bekas menyimpan alat perjalanan, dan pasport, yang boleh anda lihat di @suratjournals.

Ikuti beliau di: @kennethsurat

4. Mohd Shahril Fawzy (“Pojie”)

Mohd Shahril, atau lebih dikenali sebagai “Pojie”, ialah pengembara dan penulis dari Malaysia.

Menurut Pojie, mengembara atau melancong membenarkan beliau keluar daripada zon selesa dan meneroka apa yang dihidangkan oleh negara lain di dunia ini.

Dengan minat yang mendalam terhadap fotografi dan videografi, dan juga pengembaraan, anda juga akan berasa seperti mahu keluar daripada zon selesa anda setelah melihat gambar-gambar beliau.

Ikuti beliau di: @pojiegraphy

5. Kama Btara

Jurugambar dari Indonesia bernama Kama ini menggunakan bakatnya dan kepekaannya terhadap elemen disekelilingnya untuk mempromosikan pesona yang kurang dikenali di negara Asia Tenggara.

Gambar-gambar beliau bukan saja menampilkan pemandangan yang indah, malah model-model yang menambahkan lagi astetika gambarnya, sementara stail beliau menjadikan imej-imej tersebut lebih menonjol dan memberikan perasaan yang sukar digambarkan.

Ikuti beliau di: @kamabtara

6. Hadhinah Felice

Hadhinah, atau Hannah, dilahirkan dan dibesarkan di kalangan hutan hujan Borneo yang subur di Sandakan, Sabah, Malaysia.

Seorang penulis dan jurugambar perjalanan yang bekerja sendiri, beliau telah mengembara ke semua 50 buah negeri A.S. dengan suaminya dalam perjalanan merentas negara yang epik, dan merancang untuk menakluki seluruh dunia.

Ikuti beliau di: @hannahonearth

7. Jelito de Leon

Kami mengaku yang kami ialah peminat besar gambar-gambar Jelito yang menawan dan stailnya yang unik. Anda benar-benar mendapat rasa ruang dan keluasan dunia melalui lensanya.

Bekerja sebagai jurugambar bebas bagi gaya hidup, Jelito memanggil Filipina sebagai rumahnya, dan dia berjaya meringkaskan kecantikan negara itu melalui foto-foto yang bersih dan minimalis.

Ikuti beliau di: @jelitodeleon

8. Cia Wardhana Roesman

Jika anda tinggal di Jakarta, maka anda mungkin pernah mendengar tentang Cia. Sebagai penyiar untuk stesen radio TRAXFM di bandar tersebut, keperibadian Cia dan personalitinya diserlahkan melalui gambar-gambar Instagramnya.

Seorang hipster daripada hujung kepala hingga ke hujung kaki, beliau dipaparkan dalam kebanyakan gambarnya, sambil menambah sentuhan bergaya pada persekitarannya yang sudah cukup cantik.

Ikuti beliau di:@ciawardhana

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka