0

Traveloka MY

29 Nov 2018 - 2 min read

5 restoran paling pelik untuk anda pencinta makanan

Kita ke restoran pastinya untuk satu tujuan, untuk makan. Bagi tempat makan yang trendy, tujuan utamanya adalah tentang pengalaman. Sama ada anda datang untuk makanannya, pengalaman atau kedua-duanya, ini 5 restoran yang pelik dan mungkin berbaloi untuk anda cuba!

1. Dinner in the Sky

Jika makan di restoran dengan ketinggian yang biasa, tentunya anda patut cuba makan malam tinggi di udara! Di Belgium, malah di Malaysia, restoran seumpama ini menawarkan pengalaman seumur hidup yang membawa tetamunya ke 160 kaki di udara bersama-sama meja makan, kerusi, pelayan malah chef, semuanya tersedia untuk anda menikmati pengalaman makan malam yang unik dan berbeza. Oleh kerana popularitinya, konsep seumpama ini telah diperkenalkan di banyak bandar besar seluruh dunia seperti Malaysia, London dan Montreal.

2. Ninja New York Restaurant

Nak tahu di mana nak makan dikalangan ninja? Ninja New York Restaurant akan membawa anda turut serta dalam pengalaman yang menyeronokkan di New York.

Sebaik sahaja pelanggan masuk, mereka akan disapa oleh pelayan yang memakai kostum berwarna hitam yang kelihatan seakan-akan mereka datang dari abad ke-15 Jepun. Jika ninja tiba-tiba muncul disebelah anda, jangan takut, itu salah satu pertunjukkan yang disediakan oleh restoran ini. Jaga-jaga!

Di sini anda akan dapat melihat mereka keluar dan masuk restoran dengan cukup licik sambil menghiburkan pelanggan dengan aksi mereka yang hebat. Bukan itu saja, mereka juga menghidangkan sushi dan minuman.

3. Toilet Restaurant

Apa perkara pertama yang anda fikir bila dengar tentang Toilet Restaurant? Konsepnya agak janggal tapi tentunya anda ingin tahukan? Okay sebenarnya cara untuk makan di sini ialah duduk di atas mangkuk tandas dan pelayan akan menghidangkan makanan. Nah, sukar dibayangkan, kan? Google sekarang untuk gambaran yang lebih baik mengenai apa yang saya katakan. Sebenarnya ia tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

Orang di seluruh dunia datang ke Toilet Restaurant untuk makan malam - untuk pengalaman dan makanan yang disajikan benar-benar sedap. Tersedia di seluruh Asia, restoran ini telah mendapat reputasi bukan sahaja kerana konsepnya yang unik, malah perkhidmatan yang baik.

4. Hobbit House

Jika inilah yang anda gambarkan sekarang, Hobbit House di Manila sedikit berbeza sebenarnya. Di restoran ini, pelayan-pelayan terkecil di dunia boleh ditemui menghidangkan makanan dan mengambil tempahan makanan anda. Hobbit House mengambil pekerja daripada kalangan pekerja yang mempunyai dwarfism atau orang kerdil.

Juga dikenali sebagai 'Unano' di Filipina, atau 'orang kecil', mereka hidup dan bekerja sebagai sebuah komuniti, di bar yang diasaskan oleh bekas sukarelawan Peace Corp, Jim Turner. Para pelayan Hobbit House mungkin kecil, tetapi mereka pasti tahu bagaimana untuk berseronok!

5. Dine in the Dark

Bayangkan ketika anda makan malam, tiba-tiba lampu dipadamkan. Mungkin agak kurang menyenangkan bagi sesetengah orang, tapi pengalaman makan dalam gelap seperti suatu pengalaman yang cukup mengujakan bagi yang sukakan pengembaraan.

Jika anda sukakan keseronokan sebegini, terdapat restoran dengan konsep yang sama di seluruh dunia di mana anda boleh menikmati hidangan pertama anda dalam keadaan yang gelap!

Pernahkah ke restoran yang lebih pelik? Kami mengalu-alukan cadangan pada bila-bila masa! 🙂

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka