Inspirasi

15 pemandangan indah yang hanya boleh dilihat dari udara

1.  Bagan, Myanmar

Sumber: Shutterstock.com

Plain of Temples di Bagan pernah menjadi rumah kepada lebih 10,000 kuil Budha, pagoda, dan biara. Kini, hanya tinggal kira-kira 2,200 kuil dan pagoda di Zon Arkeologi Bagan. Untuk melihat pemandangan keseluruhan bandar purba itu, pelawat selalunya menaiki belon panas.

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara bulan November dan Februari

 

2.  Underwater Waterfall, Mauritius

Source: Shutterstock.com

Terletak di hujung barat daya Mauritius, ‘air terjun bawah air’ muncul dengan melawan hukum fizik – kata kuncinya ialah “muncul”.

Apabila dilihat dari atas, aliran pasir dan kelodak deposit menuruni kedalaman air dan mewujudkan ilusi lata air di bawah permukaan lautan. Jadi ia sebenarnya ‘pasir terjun’ di bawah air. Hebat, kan?

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara bulan Mei dan Disember

 

3.  Lysefjord, Norway

Sumber: Shutterstock.com

Untuk pemandangan Norway yang mengagumkan pada musim panas, pergi mendaki sehingga Pulpit Rock yang terkenal (gambar di atas). Batuan itu meliputi kira-kira 30 meter dari gunung dan berada pada lebih 600 meter di atas Lysefjord. Kedudukannya yang tinggi ini memberikan panorama indah yang terbentang luas di hadapan mata.

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara bulan Jun dan Ogos

 

4.  Cappadocia, Turki

Sumber: Shutterstock.com

Hampir semua pelawat bersetuju cara terbaik untuk melihat lanskap seakan khayalan yang dipenuhi dengan formasi batuan unik ini ialah melalui belon panas ketika matahari terbit. Ketika sinaran matahari perlahan-lahan meliputi segenap lembah yang luas, anda mungkin merasa perasaan yang berlainan seperti berada di planet lain.

Masa yang sesuai untuk melawat: Musim bunga (April hingga Jun) dan musim luruh (September hingga November)

 

5.  White Horses of Wiltshire, England

Paraglider terbang berdekatan Westbury White Horse di Wiltshire County, United Kingdom. Sumber: Richard Sheppard / Shutterstock.com

Bertaburan di seluruh bukit-bukau daerah Wiltshire di barat daya England, anda akan dapat mengesan beberapa kuda putih yang besar diukir di lereng bukit. Ukiran Westbury White Horse (gambar di atas) adalah yang tertua dan terletak di Westbury Hill, Bratton Down. Ia dipercayai telah dibuat pada tahun 1778.

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara April dan Oktober

 

6.  Great Blue Hole, Belize

Sumber: Shutterstock.com

Anda berminat untuk scuba diving? Jadi Great Blue Hole patut dimasukkan ke dalam senarai ‘mesti dilakukan’ anda.

Lubang besar di bawah air ini terletak berdekatan dengan pusat Lighthouse Reef, dan air biru laut ini menjadi rumah kepada ribuan hidupan marin, seperti Midnight Parrotfish dan jerung Caribbean reef.

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara April dan Jun

 

7.  Victoria Falls, Zimbabwe/Zambia

Source: Shutterstock.com

Terletak di sempadan Zambia dan Zimbabwe, Victoria Falls ialah air terjun terbesar, merangkumi lebih daripada satu kilometer dengan ketinggian lebih 100 meter. Apabila musim hujan, paras air Sungai Zambezi akan melimpah dan membentuk jurang air deras yang memukau pandangan.

Masa yang sesuai untuk melawat: Antara Disember dan Mac

 

8.  Salzkammergut, Austria

Pemandangan dari atas di puncak Schafberg. Sumber: Shutterstock.com

Masihkah anda ingat babak ikonik dalam filem popular ‘The Sound of Music’ yang mana watak Maria (lakonan Julie Andrews) menyanyi di puncak bukit dan dikelilingi oleh lembah Austria yang begitu indah?

Babak ini sebenarnya di filemkan di Salzkammergut. Untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menaiki Schafberg Mountain Railway dari St. Wolfgang. Bersedialah untuk terpesona dengan pemandangan tasik dari atas puncak.

Masa yang sesuai untuk melawat: Julai atau September

 

9.  Ha Long Bay, Vietnam

Pemandangan dari udara di perkampungan terapung di sekitar pulau Cat Ba, pulau terbesar dikalangan 366 pulau yang membentuk pinggir Tenggara Ha Long Bay. Sumber: Jimmy Tran / Shutterstock.com

Batu kapur yang memukau di Ha Long Bay tersebar di seluruh air laut yang berwarna hijau. Ha Long Bay juga merupakan pemandangan yang paling diiktiraf di Vietnam. Menurut legenda tempat ini mendapat nama daripada “Bay of Descending Dragons”, sebuah kisah para dewa yang menghantar naga-naga turun ke bumi untuk membantu orang Vietnam melawan penceroboh dari China. Selepas itu, naga-naga perkasa itu membuat keputusan untuk tinggal di tempat ibu naga turun yang sekarang ini dinamakan sebagai Ha Long.

Cuba menaiki kapal terbang untuk melihat Ha Long Bay dari pandangan atas untuk menikmati pemandangan perkampungan nelayan yang terpencil dan pulau-pulau di sekitar.

Waktu terbaik untuk melawat: Musim bunga (Mac, April) dan musim luruh (September, Oktober)

 

10.  Horseshoe Bend, USA

Sumber: Shutterstock.com

Horseshoe Bend ialah penjuru Sungai Colorado yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Horseshoe Bend menjadi salah satu tarikan pelancong yang popular kerana bentuknya yang seakan-akan ladam kuda dan pemandangan yang hebat menghadap Glen Canyon.

Pendakian ke kawasan meninjau Horseshoe Bend mudah sahaja tapi ganjaran yang anda dapat tidak terkata, apabila anda menyelami bagaimana mercu tanda luar biasa ini terbentuk selepas berjuta tahun. Pelawat selalunya berada di sini lewat petang untuk melihat matahari terbenam.

Waktu terbaik untuk melawat: Sepanjang tahun

 

11.  Zhangye Danxia Landform, China

Sumber: Shutterstock.com

Dunia gula-gula wujud dan ia di China! Oh, saya bergurau saja.. Zhangye Danxia Landform mungkin terdiri daripada pelbagai warna, tapi malangnya, ia tidak rasa seperti gula-gula.

Cerunnya berbentuk kaleidoskop unik berwarna merah, kuning dan jingga yang boleh dilihat daripada empat platform yang tersebar di seluruh taman.

Waktu terbaik untuk melawat: Antara Jun dan September

12.  Ladang Tulip Spoorbuurt, Holland

Sumber: Shutterstock.com

Holland memang dikenali dengan bunga tulipnya yang berwarna terang dan ceria ketika musim bunga. Dan untuk melihat pemandangan yang berbeza sekitar ladang ini ialah dengan melihat dari atas. Di bawah, anda akan dapat melihat jaluran tulip pelbagai warna yang kembang mekar tersusun rapi mengikut warna dan barisan yang merentasi kawasan luar bandar Belanda.

Waktu terbaik untuk melawat: Pertengahan April

 

13.  Gunung Bromo, Indonesia

Sumber: Shutterstock.com

Terletak kira-kira empat jam pemanduan dari Surabaya, Gunung Bromo terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung datang dari seluruh dunia untuk melihat matahari terbit dari belakang gunung berapi dari sudut pandangan di Gunung Penanjakan yang berdekatan. Gunung itu sendiri sangat terkenal dengan legenda dan mitos tempatan.

Waktu terbaik untuk melawat: Antara Mei dan Ogos

 

14.  Rio de Janeiro, Brazil

Panorama dari udara yang menunjukkan patung Christ of Redeemer di atas puncak Gunung Sugarloaf, Rio De Janeiro, Brazil. Sumber: marchello74 / Shutterstock.com

Terkenal dengan pantai yang disinari matahari yang indah dan muzik samba yang rancak, kota Brazil yang penuh warna-warni, Rio de Janeiro ialah tempat yang patut dikunjungi. Mercu tanda patung batu Christ the Redeemer berdiri megah di atas gunung Corvado, menawarkan pemandangan yang mengasyikkan di bandar ini.

Waktu terbaik untuk melawat: Antara Disember dan Mac

 

15.  Great Barrier Reef, Australia

Sumber: Shutterstock.com

Selami keindahan Great Barrier Reef dengan keajaiban terumbu karang terbesar di dunia sama ada dalam lautan ataupun dari pandangan atas (helikopter).

The Heart Reef (seperti gambar di atas) hanya boleh dilihat melalui helikoper dan ia berukuran 17 meter.

Waktu terbaik untuk melawat: Antara Jun dan November

Dengan Traveloka, satu-satunya perkara yang dapat dilihat dari udara ialah pemandangannya…Dapatkan tawaran di App yang menarik dengan memuat turun Traveloka App hari ini!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share