Berita

Tiada kad kredit? Tiada masalah. Tempah percutian dan bayar dengan MOLPay TUNAI di 7-Eleven

Kadangkala sudah lewat malam barulah kita dapat inspirasi dan motivasi untuk menempah tiket penerbangan atau hotel.

Tapi bagaimana jika anda tiada kad kredit atau perbankan internet?

Dengan Traveloka, anda kini boleh membayar tempahan penerbangan dan hotel di cawangan 7-Eleven terdekat yang tersedia 24 jam sehari!

Tidak pasti bagaimana? Jangan risau – ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1

Selepas memilih penerbangan/hotel dan mengisi maklumat anda, anda akan tiba di halaman pilihan pembayaran.

Di bawah ‘Pilih Kaedah Pembayaran’, pilih ‘7-Eleven’ dan klik ‘Bayar’.

Langkah 2

Anda akan diarahkan ke halaman panduan pembayaran, yang mengandungi ID transaksi dan kod verifikasi dalam bentuk kod bar yang perlu diimbas sebelum membayar. Kod bar itu juga akan diemelkan kepada anda.

Panduan tersebut juga mengandungi baki masa pembayaran yang memberitahu anda baki masa untuk anda membuat bayaran bagi menjamin tempahan anda.

Untuk pengguna desktop: Cetak panduan ini dan bawanya ke kaunter 7-Eleven berhampiran yang memaparkan logo MOLPay untuk membuat bayaran.

Untuk pengguna app/laman mudah alih: Lebih mudah – anda tidak perlu mencetak apa-apa, hanya bawa bersama telefon anda dan tunjukkan kod bar untuk diimbas oleh juruwang di kaunter.

Langkah 3

Sumber: Yusnizam Yusof / Shutterstock.com

Dalam masa pembayaran yang telah dihadkan (60 minit), kunjungi kaunter 7-Eleven berhampiran dan beritahu juruwang bahawa anda ingin membayar melalui transaksi MOLPay. Sebelum itu, sila sediakan tunai yang secukupnya untuk transaksi ini.

Selepas juruwang tersebut mengimbas kod bar, anda boleh membuat pembayaran dengan tunai dan ambil resit pembayaran.

Dalam masa 60 minit selepas transaksi anda, anda akan menerima resit dan Baucar Hotel melalui emel.

——–

Kan kami dah kata, membayar untuk percutian anda semudah 1-2-3! Dan kerana kebanyakan cawangan 7-Eleven dibuka 24 jam sehari, anda boleh membuat tempahan dan bayaran di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa tanpa kos tambahan.

Maklumat lanjut untuk cara anda membuat pembayaran tempahan penerbangan dan hotel melalui Traveloka, sila klik di sini.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share