Berita

Memang cantik! Lihat lautan teratai merah jambu di Red Lotus Lake, Thailand

Ditulis oleh: Farah Hanan Azahar

Sekarang, Nong Han Kumphawapi Lake (juga dikenali sebagai Red Lotus Lake) sedang hangat menerima kunjungan pelancong. Terletak di daerah Kumphawapi, kira-kira 40km dari bandar Udon Thani, tasik ini popular dengan tarikan bermusim yang menakjubkan. Lihat sajalah bunga-bunga teratai mekar berwarna merah jambu yang menyelimuti permukaan tasik ini! 

Fenomena luar biasa ini hanya dapat dilihat pada musim sejuk, kebiasaannya dari Disember hingga awal Februari. Rancang lawatan anda sekitar 6 pagi – 11 pagi untuk mendapatkan pemandangan terbaik kerana bunga teratai akan layu semasa matahari semakin terik dari tengah hari hingga petang. 

Cara terbaik untuk menikmati pemandangan di sekitar tasik ini ialah dengan bersiar-siar menaiki bot dalam tempoh sejam hingga sejam setengah. Cukup lama untuk anda berhenti di banyak spot bergambar yang Insta-worthy! Anda boleh menyewa bot dengan pemandu di tempat letak kereta utama yang disediakan di kawasan Red Lotus Lake. Ada ramai penduduk tempatan yang menawarkan perkhidmatan ini dari awal pagi lagi. 

Luangkan masa anda untuk menantikan matahari terbit di sini dalam cuaca yang sejuk, sambil ditemani ikan-ikan yang berenang dalam tasik, mendengar bunyi burung berkicauan, dan memerhatikan itik yang mula berkeliaran di tasik. Wah, seperti di alam fantasi pun ada! 

Menariknya, ada lagenda yang mengatakan bahawa tasik ini pernah menjadi tapak istana pada suatu masa dahulu. Kini, kawasan ini dianggap suci oleh masyarakat tempatan. Jika anda akan ke Udon Thani pada pertengahan Januari, mungkin anda sempat untuk menyertai Red Lotus Sea Festival yang diadakan setiap tahun di kuil Wat Bandiem yang terletak bersebelahan tasik ini. 

 


Apa lagi, jom rancang percutian pertama anda untuk tahun 2020! Temui tawaran percutian yang menarik hanya di Traveloka. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share