Berita

Pulau Komodo ditutup sementara untuk pemulihan habitat

Salah satu lokasi 7 Keajaiban Dunia, Pulau Komodo di Indonesia akan ditutup selama setahun untuk proses pemulihan habitat. Terkenal dengan biawak terbesar di dunia, pulau ini seringkali menjadi tempat persinggahan pelancong – popularitinya hampir setanding dengan Bali!

Jika anda teringin untuk melawat pulau ini, malangnya, anda harus menyimpan hasrat tersebut buat seketika. Kerajaan Indonesia telah mengambil keputusan untuk menutup pulau ini buat sementara waktu. Langkah ini diambil untuk meningkatkan populasi Komodo dan rusa yang kian menurun disebabkan ancaman habitat.

 

Menurut Governor Nusa Tenggara Timur (NTT) Viktor Bungtilu Laiskodat, saiz biawak Komodo tidak lagi sebesar dahulu. Populasi rusa, yang juga merupakan makanan Komodo, semakin menurun disebabkan ancaman pemburu haram. Penutupan pulau ini diharapkan dapat meningkatkan populasi rusa, dan sekaligus menyelesaikan masalah populasi Komodo. Namun begitu, tarikh penutupan Pulau Komodo masih belum diumumkan.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh melawati pulau-pulau yang berada di dalam Taman Nasional Komodo yang lain seperti Pulau Padar dan Pulau Rinca, serta 26 pulau-pulau kecil yang berhampiran.

Taman Nasional Komodo ini ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melindungi naga Komodo. Pada tahun 1991, ianya telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

_________

Tempah tiket di Traveloka untuk memulakan pengembaraan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

81 Shares
Share81
Tweet
+1
Pin
Share