0

Traveloka MY

23 Jul 2017 - 2 min read

Peraduan: Ceritakan kisah Asia Tenggara anda yang terbaik!

Asia Tenggara - Kombinasi budaya yang jelas, makanan yang menarik dan harga yang murah membuatkan ia pilihan ramai pengembara. Dan untuk yang gemarkan sedikit lonjakan adrenalin dari negara-negara di rantau ini, seperti menjelajah keindahan dihadapan mata anda.

Ada kisah menarik tentang pengembaraan anda di Asia Tenggara? Kongsikan gambar anda dan ceritakan kisah terbaik anda di negara-negara Asia Tenggara! Anda boleh memenangi pakej penerbangan dan hotel bernilai RM1,000 untuk percutian anda yang seterusnya.

Terdapat 4 kategori untuk dipilih:

Budaya | Makanan & Beli-belah | Pulau | Warisan

Ikuti langkah berikut:

1.
Muat naik gambar destinasi Asia Tenggara anda di Instagram dan beritahu kami kisah pengembaraan anda
2.
Tag 3 rakan
3.
Sertakan hashtag #SEAWithTraveloka #TravelokaMY
4.
Ikuti @TravelokaMY di Instagram!

Tempoh peraduan: 10 - 30 Julai 2017.

---

Terma & Syarat

Durasi

Peraduan Traveloka Walao-Eh Best S.E.A Story Contest (“Peraduan”) akan berlangsung dari 10/7/2017 hingga 11.59 malam 30/7/2016 ("Tempoh Peraduan"). Traveloka Sdn Bhd ("Traveloka"). Traveloka berhak memendekkan atau melanjutkan atau membatalkan Tempoh Peraduan mengikut budi bicara mutlak tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Kelayakan

1.
Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna Instagram yang merupakan penduduk Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas (sehingga pada 10 Julai 2017); Sekiranya peserta ("Peserta") berumur kurang daripada 18 tahun, sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai Peraduan ini. Penyertaan oleh Peserta berumur kurang daripada 18 tahun akan dianggap disertai dengan persetujuan oleh ibu bapa/penjaganya.
2.
Pekerja atau ejen Traveloka atau mana-mana syarikat kumpulannya atau keluarga mereka atau isi rumah, agensi atau mana-mana individu yang berkaitan dengan Peraduan ini tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

Bagaimana untuk Menyertai

1.
Penyertaan hanya melalui Traveloka Walao-Eh Best S.E.A Story Contest (“Peraduan”).
2.
Untuk menyertai Peraduan ini, setiap peserta (dirujuk sebagai "Peserta" atau "Anda") hendaklah:

Pilih salah satu daripada kategori berikut untuk menghantar penyertaan anda:

Budaya | Makanan & Membeli-belah | Pulau | Warisan

Cara-cara untuk layak memenangi hadiah:

1.
Muat naik satu gambar atau gambar-gambar (series of photos) destinasi Asia Tenggara anda di Instagram dan beritahu kami kisah pengembaraan anda
2.
Tag 3 rakan (sama ada dibahagian komen padapost anda atau pada visual)
3.
Sertakan hashtag #SEAWithTraveloka #TravelokaMY
4.
Ikuti @TravelokaMY di Instagram!

Kriteria Penilaian

1.
Penyertaan akan dinilai pada 30% gambar 30% cerita, 30% cara-cara penyertaan yang betul, 10% keaslian lokasi
2.
Peserta dibenarkan untuk menyertai hanya sekali untuk satu akaun Instagram bagi layak untuk memenangi hadiah. Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau soalan akan dilayan.

Hadiah

1. Hadiah untuk Peraduan ini termasuk -

4 x RM 1,000 kupon perjalanan yang akan dibahagikan kepada perkara berikut:

RM 500 untuk penerbangan + RM 500 untuk hotel

2. Traveloka berhak untuk menggantikan hadiah dengan nilai yang serupa sekiranya hadiah yang diumumkan tidak tersedia.

Pengumuman Pemenang

1. Pengumuman pemenang akan dilakukan pada 4 Ogos 2017

Pengesahan Pemenang dan Hadiah

1. Pemenang akan dihubungi menerusi Mesej Langsung Instagram untuk tujuan pengesahan terperinci. Pemenang akan dikehendaki menyediakan Nama Penuh, Kaedah Hubungan dan Nombor IC.

2. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas TIGA percubaan, Traveloka mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan Peserta dan Peserta yang layak akan dipilih.

3. Apabila butiran disahkan, Traveloka akan menghubungi Pemenang melalui butiran yang disediakan untuk memberi arahan lanjut mengenai penebusan hadiah.

Liabiliti dan Tanggungjawab

1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk melepaskan dan menahan Traveloka dan para pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk, sekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, terkecuali daripada apa-apa kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan tindakan bagi semua yang berkaitan dengan Peraduan atau akibat penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan produk, atau perjalanan ke atau dari pengambilan Hadiah dan konsert, termasuk tanpa batasan, kecederaan diri, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.

2. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta hendaklah disifatkan sebagai umur majoriti atau mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sah dan Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi, kerugian, tuntutan walau apa pun yang berlaku daripada pelanggaran umur minimum yang dinyatakan di sini.

3. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang tidak tepat yang diberikan oleh Peserta untuk menuntut hadiah mereka jika ada dan berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta dan memilih Peserta yang berkelayakan sebagai Pemenang tanpa apa-apa liabiliti kepada Peserta yang tidak layak.

1.
Kecuali jika diperuntukkan dengan jelas di sini, Peserta hendaklah menanggung kos dan perbelanjaannya sendiri dan/atau yang diperlukan daripada penyertaannya dalam Peraduan termasuk pengangkutan, penginapan dan apa-apa kos lain berhubung dengan kutipan dan penebusan hadiah itu, dan tiada bayaran balik boleh diperolehi daripada Traveloka.
2.
Traveloka tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan webnya dan tidak akan bertanggungjawab terhadap gangguan perkhidmatan yang mungkin mengganggu kebolehan untuk menyertai.

6. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kos atau kerosakan walau apa pun yang timbul akibat tuntutan oleh Peserta termasuk tuntutan pihak ketiga antara lain, pelanggaran hak harta intelektual atau pencerobohan privasi terhadap Traveloka disebabkan pelanggaran terhadap Terma dan Syarat Peserta dan/atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Hak Traveloka

1. Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan, Traveloka mempunyai hak untuk mengubah Hadiah dengan nilai yang sama dan mengubah Terma dan Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.

2. Sekiranya terdapat percanggahan apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh Peserta semasa pengesahan Pemenang oleh Traveloka atau apa-apa pelanggaran hak harta intelek pihak ketiga atau privasi oleh Peserta, Traveloka mempunyai hak mutlak untuk menolak membatalkan penyertaan dan Pemenang dan mempunyai hak untuk memilih Contestant lain yang layaki sebagai Pemenang.

3. Traveloka mempunyai hak untuk menolak mana-mana Pemenang mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa sebab. Dalam hal sebarang pertikaian, Traveloka berhak untuk membuat keputusan akhir. Keputusan Traveloka adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan.

Syarat Penyertaan

1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta sepenuhnya dan tanpa syarat bersetuju dan menerima Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan keputusan Traveloka.

2. Dengan memasuki Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberikan Traveloka dan syarikat induknya, anak syarikat, sekutu, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi pengiklanan/promosi menggunakan penyertaan yang memenangi Peraduan ini dan juga nama dan butirannya untuk semua promosi, publisiti dan aktiviti pemasarannya sekarang dan di masa depan tanpa pampasan lebih lanjut, kecuali dilarang oleh undang-undang.

3. Dengan memasuki Peraduan ini, Peserta menanggung sepenuhnya kerugian Traveloka dan akan membebaskan Traveloka tanpa apa-apa kerugian, tuntutan, ganti rugi atau kos yang ditanggung oleh Peserta, mana-mana pihak ketiga termasuk pihak berkuasa yang timbul antara lain, pelanggaran Terma dan Syarat di sini, pelanggaran hak harta intelektual pihak ketiga dan kandungan tidak sesuai penyerahan yang melanggar undang-undang yang berkaitan.

4. Peserta hendaklah memastikan bahawa penyertaan yang dikemukakan tidak akan melanggar mana-mana hak harta intelektual pihak ketiga dan/atau tidak mengandungi sindiran, tidak wajar, lucah, keganasan atau apa-apa jenis tindakan atau tingkah laku yang dianggap tidak wajar. Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat melanggar Terma dan Syarat ini oleh Peserta.

5. Traveloka mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.

Dasar Privasi

Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengesahkan bahawa beliau telah memperoleh persetujuan daripada individu yang dipaparkan dalam penyerahan untuk tujuan penyertaan Peraduan di sini dan yang sama akan disimpan atau diproses mengikut Dasar Privasi Traveloka yang terdapat di https://www.traveloka.com/ms-my/privacypolicy

Undang-undang

Terma dan Syarat ini dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan akan dirujuk pada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka