Muntri Mews: Hotel butik dengan gaya ‘rustic’ & kontemporari
Mews sebenarnya tak ada kena mengena dengan bunyi kucing. Mews asalnya daripada perkataan British untuk menggambarkan kandang yang telah ditukar menjadi rumah. Muntri Mews yang terletak di kalangan rumah kedai zaman pra-peperangan di George Town ini mengambil nama unik ini kerana struktur asalnya yang berfungsi sebagai kandang komunal untuk kereta kuda dan juga kuarter pekerja di tingkat dua. Hotel yang diuruskan oleh Chris Ong ini juga masih mengekalkan hiasan dalamnya dengan menambah sedikit sentuhan moden. Apabila anda melangkah ke dalam kawasan hotel, anda akan dikelilingi halaman yang hijau, subur dan beranda yang menghadap matahari. Tetamu yang tajam pemerhatiannya pasti akan perasan yang beberapa hiasan menunjukkan struktur asal bangunan, seperti pelana…
Temukan gaya traveling kamu dengan menjawab quiz ini!
8 dari 10 orang yang menjawab quiz ini memiliki kepribadian seseorang backpacker, Apakah kamu salah satunya?