Catatan perjalanan: Menuju Annapurna
Nepal sememangnya terkenal dengan pelancongan kembara yang menjadi tumpuan para pelancong di seluruh dunia disebabkan oleh kedudukannya yang terletak di kawasan pergunungan Himalaya. Selain menempatkan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest (8,848 meter) yang menjadi salah satu puncak impian para pencinta sukan ekstrem, Nepal juga turut menyajikan banyak lagi spot pendakian yang menarik. Salah satu spot pendakian terkenal yang menjadi tumpuan utama para pelancong jika singgah di Nepal ialah Annapurna Base Camp. Annapurna Base Camp atau lebih dikenali sebagai ABC dalam kalangan pelancong setinggi 4,130 meter itu terletak di kawasan pergunungan Himalaya dan dikelilingi oleh beberapa gunung lain yang terkenal di Nepal seperti Gunung ‘suci’ Machapuchare dan Gunung Annapurna…
Temukan gaya traveling kamu dengan menjawab quiz ini!
8 dari 10 orang yang menjawab quiz ini memiliki kepribadian seseorang backpacker, Apakah kamu salah satunya?