Article,  Penginapan Hebat

WOLO Kuala Lumpur: Permulaan ideal untuk menjelajah KL

WOLO adalah lokasi strategik yang menjanjikan anda staycation yang selesa disebalik kesibukan Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, diantara kesibukan Bukit Bintang yang tidak pernah reda, cara apa yang lebih baik untuk melihat bandaraya ini kalau bukan menginap di tengah-tengah segalanya bermula? WOLO Kuala Lumpur menjanjikan lokasi strategik yang selesa oleh kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan Pavilion KL, Sungei Wang Plaza dan ratusan restoran, bar dan kafe. Nak tahu keistimewaan lain yang buat hotel ini terbaik untuk staycation dalam bandar? Baca temubual kami bersama Bay Doucet yang baru sahaja menginap di sini hujung minggu lalu!

 

Apakah tanggapan pertama anda tentang hotel ini?

Terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi pusat membeli-belah, makanan dan hiburan malam, rekaan hotel ini mencerminkan aura sekitarnya. Hotel ini memperlihatkan ruangan seolah seni yang bersih, padat dan mempunyai segalanya untuk percutian singkat dalam bandar. Dengan hasil sentuhan siling yang tinggi, menambahkan lagi ruangan yang terbuka dan luas. Saya suka melihat ke luar tingkap sambil memerhatikan dunia berputar. 

 

Apakah tarikan utama di hotel ini?

Sebagai seorang yang menghargai seni dan rekaan, saya gembira melihat hotel ini dipenuhi dengan perabot pereka dan hasil seni esklusif WOLO. Setiap tingkat dipenuhi dengan sentuhanl seni setiap artis. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke hotel ini, anda akan dapat melihat seni kayu (dinamakan Downside Up, direka oleh Jon Reading) di atas meja sambut tetamu utama, yang mewakili jalan-jalan di Bukit Bintang. Perincian yang lain juga tidak terkecuali, seperti tombol pintu yang diperbuat daripada piuter dengan ukiran Royal Selangor yang memberi penghargaan pada warisan Malaysia. 

 

Apa yang boleh kami jangkakan dalam bilik hotel kami?

Bilik-bilik kompak ini menghidangkan suasana yang mewah hasil daripada kemasan emas dan penggunaan perabot yang direka dengan indah. Pemasangan cermin dan permukaan yang memantulkan cahaya, dipadankan pula dengan tingkap luas menghadap jalanraya di bawah, membuatkan bilik di sini kelihatan lebih luas. Bilik ini juga cukup dengan kelengkapan yang anda perlukan untuk staycation seperti pengering rambut, kelengkapan dandanan diri, tuala yang gebu dan jubah mandi serta sabun dnegan haruman daripada Appelles Apothecary & Lab. Jadi, anda tak perlu bawa sendiri!

 Sekarang, ke maklumat yang paling penting – katil. Saya cukup gembira untuk beritahu yang katilnya sangat selesa, bantal yang cukup dan selimut yang menambah kualiti tidur pada malam hari. Langsir yang cukup gelap untuk menapis cahaya matahari pada pagi hari juga sesuai untuk anda yang mahu bermalasan. Nama pun staycation!

 

Bagaimana pula dengan makanan dan minuman di sini?

Mr Chew’s Chino Latino Bar yang diuruskan oleh sebuah kumpulan hebat yang sama menguruskan Troika Sky Dining, jadi anda pasti kombinasi makanan Asia yang sedap ini pasti mempunyai kejutan rasa yang menarik. Menu di sini terdiri daripada makanan Malaysia, Cina, Thai, dan Jepun dengan sedikit campuran Latin. Mereka juga menyediakan pencuci mulut Malaysia seperti pisang goreng dan ais kacang. 

Jika anda mahu menghirup kopi panas atau sejuk, kunjungi Starbucks Reserve di tingkat bawah bersebelahan tempat penyambut tetamu. Rangkaian istimewa francais Starbucks ini menawarkan biji kopi yang jarang ditemui yang datang dari seluruh dunia. Di sini anda boleh mencuba cara-cara bru yang menyerlahkan rasa terbaik untuk dinikmati.

Sarapan pagi pula disediakan di tingkat tiga restoran hotel ini dengan tingkapnya menghadap ke jalanraya dibawah. Terdapat pelbagai rangkaian makanan untuk dipilih seperti pastri, telur, sosej, dan hashbrown, dan juga makanan kegemaran tempatan seperti char kuey teow, nasi goreng dan nasi lemak. Jika anda sukakan sesuatu yang ringan dan berkhasiat, anda boleh memilih buah-buahan segar, bijirin, yogurt, dan pelbagai minuman panas.

 

Perkhidmatan di sini bagaimana pula ya?

Perkhidmatannya sangat bagus, tak ada pun aduan daripada saya. Terutama sekali staf Mr Chew’s Latino Bar yang sangat terlatih dan membantu. Mereka menguruskan permintaan dengan cukup baik apabila kami tiba tanpa membuat tempahan terlebih dahulu dan mahir mengendalikan pertanyaan tentang menu mereka. Apa pun, kami gembira dengan pengalaman di sini!

 

Berbaloikah untuk menginap di sini, jika ya, kenapa?

Untuk keselesaan dan kemudahan, 100%. Anda akan mengalami penginapan yang mewah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Lokasi hotel ini sangat sesuai kerana terletak berdekatan mercu tanda KL. Ia juga sempura untuk penginapan hujung minggu untuk para pelancong yang mahu berjalan-jalan dalam bandar. Jika anda seorang penjelajah, WOLO Kuala Lumpur adalah permulaan yang baik untuk mengenali bandar ini. Lihat promosi menarik di Traveloka untuk staycation anda yang seterusnya!

 


Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share