Article

Raikan Aidilfitri dengan duduk di rumah dan turut serta dalam kempen Traveloka Raya Cara Kita

Raya pastinya berbeza dalam masa-masa sukar ini, seluruh dunia mempraktikan penjarakan sosial. Yang pastinya, tradisi perayaan ini akan diteruskan dengan cara baru. Mungkin tidak ada rumah terbuka, juadah raya yang bermacam jenis dan baju raya yang berwarna-warni, tetapi kita masih dapat meraikannya dengan penuh bermakna.

Untuk meraikan dan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan di rumah tahun ini, kami memperkenalkan kempen ‘Raya Cara Kita’ di mana anda dapat menikmati pelbagai tutorial di rumah sebagai persiapan Raya. Kami telah bekerjasama dengan pencipta kandungan diMalaysia yang berkongsi tentang tips-tips kecantikan, kecergasan dan hiasan rumah bagi menghidangkan pelbagai video seperti tutorial solekan, kelas seni dan kraf, rutin senaman dan banyak lagi.

Kempen ini adalah sebahagian daripada unit pembelajaran baru @HomeXperience di mana anda dapat menikmati kandungan video yang menarik dan dapat memberi ilham di aplikasi Traveloka.

Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan pengguna untuk kekal produktif dalam tempoh penjarakan sosial di negara ini, dan dalam masa yang sama turut menyumbang kepada NGOhub Asia untuk membantu mereka menghulurkan bantuan kepada organisasi yang bekerja tanpa kenal lelah serta komuniti yang terjejas oleh pandemik ini.

Kandungan video percuma diikuti dengan pilihan untuk sumbangan anda, sama ada dalam jumlah RM1, RM5, RM10, RM50, dan RM100. Dana yang dikumpulkan akan membolehkan organisasi-organisasi ini menambah keperluan seperti bantuan perubatan dan bantuan makanan kepada keluarga dalam jumlah berikut:

RM80 – Makanan untuk keluarga dengan ahli empat dan ke bawah

(Terdiri daripada beras, telur, sardin tin, minyak masak, biskut, gula, Milo, tepung, seekor ayam, dan dua jenis sayur-sayuran)

RM100 – Makanan untuk keluarga dengan ahli 5, 6 atau 7 

(Terdiri daripada beras, sardin, telur, minyak masak, biskut, gula, Milo, tepung, dua ekor ayam, dan dua jenis sayur)

RM130 – Makanan untuk keluarga dengan ahli 8 dan ke atas  

(Terdiri daripada beras, sardin, telur, minyak masak, biskut, gula, Milo, tepung, tiga ekor ayam, dan dua jenis sayur-sayuran)

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program sumbangan COVID-19 dan penerima sumbangan, lawati laman web NGO Hub Asia

Untuk mengakses tutorial percuma dan jika anda ingin membuat sumbangan di @HomeXperience, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi Traveloka.
  2. Pilih produk Traveloka Xperience.
  3. Pada halaman Traveloka Xperience, pilih bahagian @HomeXperience.
  4. Pilih dan tonton video pilihan anda secara percuma.
  5. Setelah menonton video, akan ada pilihan untuk menderma.

Mulai 24 April 2020, @HomeXperience akan menampilkan video tutorial dan maklumat baru setiap minggu. Dengan kandungan-kandungan ini, kami harap anda dapat terus aktif di rumah! Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca Muslim kami dan jaga diri!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share