Article

Rancangan Netflix yang buat semangat mengembara anda membara 🔥

Melawan White Walkers di Westeros. Merungkai misteri Upside Down di Hawkins, Indiana. Melepak dengan Archie dan kawan-kawan di Pop’s Diner.

Ah, kadangkala tiada yang lebih baik selepas bekerja seharian dari pulang ke rumah, dan menonton Netflix. Kita sering terleka dengan dunia fiksyen dalam drama TV atau filem apabila kita menonton, tapi anda tahu tak di Netflix terdapat pilihan terbaru yang menyeronokkan dan rancangan pelancongan yang berguna serta dokumentari?

Ya, apabila bercakap tentang #travelinspo, anda tak perlu tercari-cari melainkan melihat laptop/telefon bimbit anda. Lihat rancangan ini:

 

Jack Whitehall: Travels with my Father

Kredit: Netflix

Ahli komedi British Jack Whitehall bertekad untuk mengikuti pengembaraan pada Gap Year epik yang tidak pernah beliau alami – bersama ayahnya yang lurus. Banyak perkara yang akan berlaku seperti yang anda harapkan dan anda akan menangis sambil ketawa apabila melihat telatah Jack dan Michael berjalan-jalan sekitar Thailand, Kemboja dan Vietnam, dan pada masa yang sama cuba untuk mengukuhkan hubungan mereka.

Anthony Bourdain: A Cook’s Tour

Kredit: Lwp Kommunikáció / Flickr

Rancangan masakan klasik inilah yang telah memulakan rasa ‘cinta’ saya kepada makanan antarabangsa dan telah memberi inspirasi kepada ramai penggemar makanan seluruh dunia. Chef selebriti Anthony Bourdain bukan hanya mencuba makanan tempatan malah belajar teknik masakan daripada yang terbaik, malah mendekati dan mempelajari budaya dunia. Dalam klip ini, Anthony melihat sisi lain yang tidak terjangka dan memperkenalkannya kepada penonton. Menarik!

 

An Idiot Abroad

Kredit: Sky TV

Bak kata Ricky Gervais, “paling lucu, jenaka praktikal paling mahal yang pernah buat saya buat,” beliau menghantar rakannya Karl Pilkington yang keliru, berfikiran dan sederhana, melalui percuti impian untuk melihat dunia.

Dalam experimen sosiologi ini, Gervais berharap untuk menguji teori “pengembaraan meluaskan pemikiran” dengan ‘mencampak’ rakannya Karl ke dalam situasi luar biasa, seperti belajar untuk menjadi koboi di Mexico dan cuba menyesuaikan diri dalam puak asli di Peru. Rancangan ini mempunyai tiga musim dan berbaloi bergelak ketawa sambil berehat di rumah, jadi lebih baik anda mula menonton!

 

What About Me?

Duo muzik 1 Giant Leap mengembara seluruh dunia dalam projek muzikal yang bertujuan untuk menyentuh pengalaman manusia seperti cinta, kehilangan, kepercayaan dan kebebasan. Dalam ‘What About Me?’, Anda akan mengikuti perjalanan mereka ke lebih 50 lokasi di lima benua sambil merekodkan vokal dan muzik daripada artis antarabangsa dengan pelbagai genre.

The Homecoming

Kredit: Netflix

Dalam rancangan realiti Korea ini, (yang juga dikenali sebagai ‘Where Is My Friend’s Home’), ahli panel antarabangsa dari rancangan ‘Abnormal Summit’ menyambut ahli mereka di negara kelahiran mereka dan membawa ahli-ahli itu bersiar-siar melihat negara mereka. Rancangan yang kasual dan mesra ini mengetengahkan cara ahli-ahli menyesuaikan diri di negara lain dengan tinggal di rumah ahli yang mengacarakan episod tersebut. Meliputi negara-negara seperti China, Nepal, Itali dan Perancis, rancangan ini menyentuh tentang salah tanggapan dan prejudis tentang negara yang dilawati.

 

Man & Beast with Martin Clunes

Kredit: Netflix

Rancangan ini sesuai untuk pencinta haiwan seperti anda. Dokumentari dua bahagian, yang diketuai oleh pelakon British, Martin Clunes, cuba untuk mengungkap hubungan yang sentiasa berubah antara manusia dan haiwan. Di Jepun, beliau melawat kafe anjing yang mana haiwan peliharaan dilayan seperti ahli keluarga dan perkongsian kerja antara seorang petani Thailand dan monyet pemetik kelapa.

 

Somebody Feed Phil

Kredit: Netflix

Rancangan Netflix ini mengikuti Phil Rosenthal, pencipta sitkom popular ‘Everybody Loves Raymond’, dalam pengembaraannya mencari makanan lazat di seluruh dunia dan mengenali penduduk tempatan. Kejanggalannya, jenakanya tidak menjadi membuatkan rancangan ini lebih menghiburkan. Seperti yang dikatakan Phil, “Jika anda suka makanan, pergi cari sumber makanan itu.” Jadi apa yang anda tunggu lagi?

__________________________________________________________________

Kami tahu hanya menonton di rumah tak pernah cukup untuk semua orang, melainkan merasai sendiri pengembaraan itu, jadi lihat promosi terbaru Traveloka dan pilih hotel serta penerbangan untuk pengembaraan dan penemuan anda sendiri!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

36 Shares
Share36
Tweet
+1
Pin
Share