Semuanya yang anda perlu tahu tentang Osaka Amazing Pass

Semuanya yang anda perlu tahu tentang Osaka Amazing Pass

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

Daripada ketam gergasi Dotonbori, sushi dan dumpling, sehinggalah ke Stesen Osaka Umeda, yang moden, Osaka adalah bandar yang dipenuhi dengan karakter yang edgy dan menarik untuk para pelancong. Osaka juga adalah tempat yang sesuai untuk anda mencuba makanan jalanan Jepun, dan kuidaore! Setiap penjuru bandar ini dipenuhi dengan tempat makan, sehingga mendapat jolokan nama ‘dapur Jepun’.

Jalan-jalan di Osaka lebih berbaloi kalau anda ada Osaka Amazing Pass! Kenapa anda perlu ada pas ini? Mari kami jawab soalan anda!

 

Apakah Osaka Amazing Pass?

Osaka Amazing Pass adalah tiket yang cukup mudah untuk anda menggunakan pengangkutan awam tanpa had serta untuk kemasukan ke pelbagai tarikan di Osaka. Bergantung pada tempoh anda berada di Osaka, anda boleh memilih samada untuk membeli pas satu hari atau dua hari.

 

Pas ini meliputi pengangkutan yang mana?

Pemegang tiket untuk kedua-dua pas pengangkutan tanpa had untuk bas antara bandar dan metro Osaka. Rangkaian metro termasuklah:

  • Midosuji Line
  • Chuo Line
  • Nagahori Tsurumi-Ryokuchi Line
  • Tanimachi Line
  • Sennichimae Line
  • Imazatosuji Line
  • Yotsubashi Line
  • Sakaisuji Line
  • Nanko Port Town Line (Trem Baru)

Pas sehari membolehkan anda menaiki pengangkutan kereta api persendirian (perhatian, pas dua hari tidak tersedia):

  • Hankyu Railway
  • Nankai Railway
  • Kinki Nippon Railway
  • Keihan Electric Railway
  • Hanshin Railway

Pas ini tidak meliputi rangkaian Japan Rail (JR).

Dengan pas ini, anda juga mendapat kemasukan ke pelbagai tarikan di bandar ini seperti muzium dan taman di Osaka Castle, Umeda Sky Building, Legoland Discover Centre, Osaka Wonder Cruise, muzium, onsen semula jadi, dan banyak lagi! Terdapat juga tarikan, kedai-kedai dan restoran-restoran yang menyediakan diskaun apabila anda menunjukkan pas anda.

 

Adakah saya layak untuk memiliki Osaka Amazing Pass?

Tidak seperti Pas JR yang hanya terhad kepada pelancong, sesiapa yang melawat bandar Osaka boleh membeli Osaka Amazing Pass. Tetapi, jika anda melakukan perjalanan bersama kanak-kanak bawah 12 tahun, anda juga perlu mendapatkan Enjoy Eco Card untuk kanak-kanak tersebut bagi membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam (kanak-kanak bawah dua tahun adalah percuma). Semua kanak-kanak bawah 12 tahun perlu mempunyai tiket untuk masuk ke ke banyakan tarikan.

 

Bagaimana untuk membeli Osaka Amazing Pass?

Jika anda seorang pelancong yang merancang pada saat-saat akhir, anda boleh membeli pas anda sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Kansai. Tapi kenapa nak bersusah payah (terutama sekali jika anda tidak boleh berbahasa Jepun) apabila anda boleh menempah pas dengan Traveloka yang juga bermaksud lebih penjimatan? Dapatkan Osaka Amazing Pass melalui Traveloka  dan jelajah bandar ini tanpa rasa risau! 

 

Jadi, saya sudah pun membeli Osaka Amazing Pass. Bagaimana untuk menggunakannya?

Anda boleh menebus pas anda di kaunter JTR di Lapangan Terbang Kansai atau Pusat Maklumat Pelancong Edion Namba di Osaka. Anda juga boleh menebus pas di Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, begitu juga di Lapangan Terbang Nagoya.

Pas sehari ini sah dari waktu operasi paling awal untuk tarikan hingga kemasukan terakhir bagi hari tersebut. Syarat ini juga tertakluk untuk pengangkutan – bermula dari perjalanan pertama anda hingga keberangkatan terakhir dalam sehari (sekitar 5.00 pagi hingga 12.00 pagi). Pas dua hari mempunyai fungsi yang sama, dari waktu operasi terawal tarikan tersebut hingga kemasukan terakhir. Apabila menggunakan pengangkutan, ia sah untuk perkhidmatan pertama bagi hari tersebut hingga perkhidmatan terakhir pada hari seterusnya (bukan untuk 48 jam dari waktu pertama pas digunakan).

 

Jadi… berbaloi atau tidak untuk membeli pas ini?

Jika anda merancang untuk melawat banyak muzium dan tarikan, ya memang berbaloi!

Dengan adanya Osaka Amazing Pass, anda boleh melawat lebih 50 tarikan pelancong! Tapi anda perlu ingat, agak mustahil untuk melawat kesemua tarikan dalam masa dua hari, jadi anda perlu merancang laluan anda untuk memaksimumkan nilai pas tersebut.

Rangkaian pengangkutan Jepun terkenal dengan harganya yang mahal. Jadi, Osaka Amazing Pass adalah pilihan yang terbaik untuk anda melancong sekitar bandar ini menggunakan keretapi dan bas.

_________________________________________________________________________

Langkau barisan dan alami pesona paling menakjubkan di Osaka dengan pelbagai tarikan pelancong dengan Traveloka!

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share