0

Traveloka MY

19 Mar 2020 - 1 min read

Midori Concept Hotel: Hotel mesra alam dengan taman dalam bangunan

Hotel mesra alam yang dipenuhi kehijauan yang memukau, malah Greta Thunberg pun setuju.

Berehat sebentar dari kesibukan ibu kota dengan menginap diMidori Concept Hoteldi Johor Bahru. Ketika kaki anda melangkah ke dalam hotel ini, anda seolah-olah melangkah ke dunia baru tropika dengan suasana taman yang semula jadi. Anda akan berasa relaks dengan serta-merta apabila berada dalam persekitaran yang segar. Kalau nak tahu, hotel ini adalah antara salah satu daripada beberapa hotel mesra alam di Malaysia. Ya, betul tu! Midori Concept Hotel mengaplikasikan konsep hijau untuk semua fasiliti dan bangunannya. Nak tahu lebih tentang hotel ini? Jom ikut penulis pengembaraan dancontent creatorPojie sepanjangstaycationini!

Tanggapan pertama anda tentang hotel ini?

Sebagai seorang yang meminati alam semula jadi, hotel ini memang mencuit hati saya. Hotel yang terletak di kawasan perniagaan Mount Austin ini begitu menyerlah dengan bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang menjalar. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke kawasan lobi, serta merta, anda akan berasa seperti dibawa dari hiruk pikuk kota ke kawasan hijau yang menyejukkan mata.

Apakah yang membezakan hotel ini daripada yang lain?

Konsep hotel ini membuatkan tetamu hotel berasa seperti berada dalam taman botani walaupun dalam kawasan bandar. Reka bentuknya juga mencipta sesuatu yang membolehkan tetamu untuk menikmati ketenangan disebalik teknologi dan fasiliti. Tekanan anda akan hilang serta merta apabila anda tiba di sini!

Hotel ini juga menggabungkan rekaan yang cekap tenaga seperti menggunakan cahaya asli sebagai pencahayaan pada siang hari. Taman dalam bangunannya juga membantu bagi membersihkan udara dalam bangunan ini.

Apakah yang tetamu boleh jangkakan dalam bilik hotel mereka?

Setiap bilik direka dengan rekaan Victoria yang pastinya membuatkan anda berasa seperti kerabat diraja. Penggunaan palet warna dan hiasan dalaman setiap bilik juga saling melengkapi, memberikan auracozyyang tetamu inginkan. Hotel ini juga mempunyai lapan jenis bilik dan setiapnya dilengkapi dengan TV, bar mini, meja kerja, dan kelengkapan peribadi.

Jika anda ingin menyambut sesuatu yang istimewa, hotel ini juga boleh menyediakan bilik anda dengan dekorasi pilihan anda! Mudah saja, pilih pakej ulang tahun atau bulan madu dan staf hotel akan lakukan yang selebihnya.

Ada apa-apa yang ingin ditambah tentang perkhidmatan di sini?

Semua staf di di sini mesra dan sangat membantu. Hospitaliti yang ditampilkan di sini membuatkan anda rasa dihargai kerana mereka sentiasa peka dengan permintaan tetamu dan sedia untuk memenuhinya.

Jadi, berbaloikah untuk menginap di sini?

Jika anda berada di Johor Bahru, saya cadangkan anda untuk menginap di Midori Concept Hotel! Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk penginapan yang selesa dan unik kerana hotel ini menawarkan bilik-bilik dalam kadar yang berbaloi. Bukan itu saja, hotel ini juga tidak jauh dari tempat makan, kedai-kedai dan tarikan lain di Johor Bahru!

__________________________________________________________________

Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka