0

Traveloka MY

30 Apr 2020 - 2 min read

Cara-cara anda boleh membantu rakyat yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam waktu ini

Sekiranya anda dapat bekerja dari rumah dalam tempoh ini, sedarilah bahawa anda sangat bertuah. Hakikat yang menyedihkan ialah masih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang tidak bernasib sama seperti anda. Kita semua perlu saling membantu dalam tempoh ini, dan hari ini kami telah kumpulkan beberapa cara untuk anda meringankan beban yang dihadapi oleh golongan ini. Walaupun sumbangannya sedikit, percayalah ia amat bermakna untuk mereka.

Happy Bank Crew

Happy Bank adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan berasaskan sukarelawan yang didorong oleh para belia yang bersemangat dan komited daripada pelbagai latar belakang untuk menyokong dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia. Mereka juga telah memulakan sebuah gerakan demi mengeratkan hubungan masyarakat! Anda boleh sentiasa menyemak social media mereka untuk mengetahui bagaimana anda boleh menderma atau menaja mana-mana keluarga. Untuk maklumat lanjut, emel mereka di happybankcrew@gmail.com.

Girl2Leader Malaysia

Girl2Leader Malaysia merupakan program yang dibentuk untuk memastikan wanita di Malaysia tidak akan dikecualikan daripada kedudukan membuat keputusan, kepimpinan politik, industri dan masyarakat. Sejak sebulan yang lalu, initiatif #CaretoLead yang diperkenalkan oleh mereka aktif menghantar pek makanan tengah hari dan bekalan barang runcit kepada mereka yang memerlukan bantuan. DM kepada mereka di laman social media jika anda berminat untuk membantu!

MODA-Malaysia

Ahli-ahli Malaysia Official Designers Association telah menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk membekalkan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) kepada pekerja barisan hadapan! Lihat platform sosial mereka sekiranya anda ingin menderma. Dana sumbangan akan digunakan untuk penghasilan fabrik PPE seperti gaun, penutup kepala & kasut, topeng muka, dan sarung tangan lateks. Mereka juga menerima sumbangan melalui QR Pay.

Mercy Malaysia

MERCY Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang ditumpukan untuk menyediakan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan lestari dan aktiviti pengurangan risiko bencana untuk masyarakat. Anda tidak perlu menjadi pengamal perubatan untuk terlibat secara sukarela bersama mereka! Jika anda berminat untuk menderma, mereka turut mempunyai tabung derma 'Seringgit Sehari', di mana RM1 yang disumbangkan akan digunakan untuk menyokong mereka dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mereka yang memerlukan. Derma di sini: COVID-19 Donation.

Simply Giving

Sebilangan orang yang kurang bernasib baik dalam komuniti kita benar-benar memerlukan sumbangan makanan. Sekiranya anda mempunyai barangan makanan asas yang boleh didermakan, anda boleh membawanya ke gudang SimplyGiving pada setiap Isnin dan Khamis dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka