Zoo Negara
Article

Jom! Panduan lengkap aktiviti-aktiviti menyeronokkan di Kuala Lumpur untuk seisi keluarga

Akhirnya! Kami telah mengumpul info-info penting daripada keluarga-keluarga tersayang dan mengemukakan sebuah senarai yang lengkap untuk aktiviti-aktiviti beriadah khas untuk seisi keluarga. Kami janji, senarai ini cukup berbaloi kerana pilihan yang berpatutan dan khas untuk menampung semua peringkat umur, kerana kami tahu betapa sukarnya untuk merancang percutian yang sesuai untuk setiap ahli keluarga.

Jadi, bersenang-senang, rehat dan terus menghirup jus oren itu kerana kami ingin mengesyorkan beberapa aktiviti hebat yang akan membuat percutian keluarga anda di Kuala Lumpur ini tidak boleh dilupakan.

Taman Tema Berjaya Times Square

Berjaya Times Square Kredit: outcast85 – Shutterstock.com

Tarikan pertama yang perlu dilawati di dalam senarai kami adalah taman tema tertutup yang terletak di dalam pusat membeli-belah! Berjaya Times Square adalah pusat membeli-belah yang lengkap dengan restoran-restoran, pusat konvensyen serta hotel bertaraf 5 bintang, jadi kami tak terkejut apabila mengetahui bahawa interiornya terdapat taman tema juga!

Berjaya Times SquareKredit: Air Elegant – Shutterstock.com

Taman tema dunia Cosmo terletak di tingkat 5 di pusat membeli-belah Berjaya Times Square dan menawarkan beberapa tarikan yang menyeronokkan seperti Supersonic Odyssey, roller coaster berbilang-terbalik yang berkelajuan tertinggi 80KM/H, dan Spinning Orbit, yang membawa pelumba sehingga 30 meter tinggi sambil berputar pada 10 pusingan seminit! Teruja ke belum?

Tempah tiket anda di sini!

KL Forest Eco Park

Photo Credit: Zuhairi Ahmad – Shutterstock.com

Sekiranya keluarga anda kurang gemar kegiatan yang mencabar, pengalaman lebih santai yang boleh dicuba ialah berjalan-jalan di Taman Eco KL, sebuah kawasan hutan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hutan Rizab Bukit Nanas bukan sahaja merupakan hutan simpan yang tertua di negara, tetapi juga kawasan lindungan hutan dengan laluan yang mempesonakan. Anda akan berasa bernasib baik untuk mengalami alam semula jadi yang indah ini.

Kredit: Sallehuddin Ahmad/Shutterstock

Masuk adalah percuma dan dibuka setiap hari, keluarga anda tidak perlu ke luar bandar untuk merasa alam semulajadi, kerana Eco Park ini terletak betul-betul di pangkalan Menara KL. Menara KL juga mempunyai zoo kecil!

Tempah tiket anda ke Zoo Mini Menara KL  di sini.

Aquaria KLCC

Kredit: Afif Abd Halim/Shutterstock

Gemar aktiviti kurang lasak, tetapi inginkan pengalaman yang lebih mendalam? Apa kata, sambil menyelam minum air?

Gurau je! Aquaria KLCC adalah surga di bawah air yang terletak betul-betul di bawah lokasi kebanggaan Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas. Ia adalah sebuah akuarium bertaraf dunia yang menempatkan lebih daripada 5,000 spesies haiwan akuatik dan darat ditempatkan sepanjang ruang 60,000 kaki persegi.

Kredit: Wonry/iStock.com

Kegemaran kami: Terowong telus sepanjang 90 meter yang membawa anda mengembra bersama ke alam akuatik, dan sesuai untuk momen-momen romantis dengan ikan dan hidupan karang di keliling anda. Jerung dan ikan pari akan berenang di keliling anda, jadi bersiap-sedialah kerana saat itu yang paling istimewa bagi kami. Bersedia untuk terjun? 

Tip Pro: Jangan terlepas kolam Gene Pool, di mana anda akan berpeluang melihat dan menyentuh beberapa makhluk menarik semasa mereka berehat di kolam mini.

Tempah tiket anda di sini.

Zoo Negara

Kredit: Shahril MS/Shutterstock.com

Tidak mungkin keluarga anda tidak minat dengan kegiatan yang ini – zoo kebangsaan Malaysia! Zoo Negara merangkumi lebih 110 ekar tanah, dan terletak hanya 5 kilometer di luar Kuala Lumpur di Jalan Ulu Kelang. Zoo ini mempunyai lebih daripada 4,000 spesis haiwan, yang mendiami kawasan hidup yang terjaga dan sangat luas.

Terdapat banyak haiwan yang mengasyikkan untuk dilihat, tetapi kegemaran kami sehingga kini adalah ‘superstar’ terbaru zoo ini, dinamakan Xing Xing dan Liang Liang, pasangan Giant Panda dari China, yang kini tinggal di Pusat Pemuliharaan Giant Panda. Ketibaan mereka ke Malaysia melambangkan simbol hubungan diplomatik yang baik antara China dan Malaysia, dan masih erat selama 40 tahun.

Kredit: Kencana Studio/Shutterstock

Baru-baru ini, Xing Xing dan Liang Liang telah meraikan kedatangan bayi panda kedua mereka, sebuah kisah kejayaan kerana pembiakan semulajadi dikatakan amat jarang berlaku untuk spesis mereka.

Tempah tiket anda di sini!

Batu Caves

Kredit: beboy/Shutterstock

Alang-alang anda berada di luar pusat bandar, mengapa tidak mengambil kesempatan untuk  menziarah gua batu kapur? Terletak 11km utara dari KL, Batu Caves adalah sebuah siri gua batu kapur yang cukup menakjubkan, termasuk Temple Cave, yang mempunyai siling setinggi 100 meter.

Batu CavesKredit: alifsufri/Shutterstock.com

Ini peluang terbaik untuk meregangkan otot anda, kerana ia memerlukan 272 langkah untuk mencapai bahagian atas, ke pintu masuk gua. Bukan seorang pendaki? Tangga berwarna-warni yang baru diperbaharui boleh menjadi latar belakang untuk foto keluarga yang hebat.

Batu Caves merupakan tuan rumah perayaan Thaipusam terbesar di dunia setiap tahun, dengan bilangan pengunjung lebih dari satu juta penganut Hindu (dan pemerhati) yang datang meraikannya. Buat rancangan awal jika anda ingin menyertai perayaan ini dan pastikan anda melawat tempat menarik lain yang berdekatan!

Anda bersedia untuk pusing-pusing dengan keluarga? Rancang perjalanan anda dengan Traveloka. Jangan lupa untuk berkongsi detik-detik yang menyeronokkan dengan kami @TravelokaMY di Instagram, kami juga ingin melihatnya!

 

Diterjemahkan oleh Imara Natchiar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share