8 cara insurans melindungi anda daripada kejadian yang tidak diingini ketika melancong

8 cara insurans melindungi anda daripada kejadian yang tidak diingini ketika melancong

Diterjemahkan oleh: Farah Hanan Azahar

 

Apabila merancang perjalanan, adakah anda ragu-ragu untuk mengambil insurans perjalanan kerana berfikir, “Tak lah, mustahil ada benda buruk yang akan terjadi…?”. Jangan sudah terantuk baru nak terngadah pula.

Kebanyakan rakyat Malaysia berfikir untuk membeli insurans perjalanan sekiranya mereka melancong jauh atau ke destinasi yang berisiko tinggi. Tetapi, kan lebih bagus sekiranya anda dilindungi tidak kira ke mana anda pergi, kerana anda tidak tahu apa yang bakal terjadi.

Mujurlah, Traveloka telah bekerjasama dengan syarikat insurans yang dipercayai iaitu Chubb Insurance Malaysia Berhad untuk menawarkan pelan insurans perjalanan yang lengkap supaya anda boleh melancong tanpa kerisauan. Tambahan lagi, pelan premium ditawarkan dengan harga yang mampu dibeli (serendah RM15 untuk penerbangan pergi-balik domestik dan RM42 untuk penerbangan pergi-balik antarabangsa) dan sangat berbaloi dengan manfaat perlindungan insurans yang diberikan.

Masih tak pasti sekiranya insurans perjalanan ini sebenarnya diperlukan? Ini adalah 8 kejadian semasa perjalanan yang biasa berlaku kepada pelancong dan boleh diatasi dengan insurans perjalanan:

1. Penerbangan anda ditunda dan anda penat menunggu… dan menunggu…

^Cara untuk menghiburkan diri anda semasa menunggu.

Sementara menunggu penerbangan anda tiba di kawasan Pelepasan, anda terdengar pengumuman mengatakan waktu penerbangan anda ditunda sehingga sekurang-kurangnya enam jam!

Untuk sebarang kelewatan yang disebabkan oleh rusuhan awam, tindakan perindustrian, keadaan cuaca yang buruk ataupun kerosakan mekanikal, anda boleh menuntut sehingga RM200 bagi setiap enam jam kelewatan penerbangan anda. Jika anda terlepas penerbangan sambungan disebabkan oleh kelewatan tersebut dan perjalanan anda terkandas kerana tiada penerbangan lain yang tersedia, anda layak menerima pulangan maksimum sebanyak RM1,000.   

 

2. Oh tidak! Ada penyeluk saku mencuri dokumen perjalanan anda yang penting

Walaupun anda telah cukup berhati-hati menjaga barangan peribadi anda, masih terdapat penyeluk saku (atau perompak) cilik yang boleh mengganggu ketenteraman percutian anda. Jadi, apa yang akan berlaku jika dompet anda hilang semasa berasak-asak dengan orang ramai ketika ingin mendapatkan pemandangan terbaik di tempat tarikan pelancong yang terkenal?

Di bawah pelan insurans ini, anda layak menerima sehingga RM1,000 bagi perjalanan domestik dan sehingga RM1,500 bagi mereka yang melancong ke luar negara — sekiranya anda membuat laporan dengan polis tempatan dan pihak berkuasa yang terlibat dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan. Pelan insurans ini meliputi kehilangan pasport, visa, tiket perjalanan, kad pengenalan dan juga lesen memandu.

 

3. Bagasi anda yang telah didaftar masuk atau dibawa naik pesawat telah rosak (lebih dahsyat, hilang terus!)

Kadang-kadang, kita terpaksa menghadap pengendali bagasi yang melakukan kerja mereka dengan lebih ‘bersemangat’ dan… tanpa sebarang belas kasihan 🙁

Kita semua pernah mendengar kisah seram tentang kerosakan atau kehilangan bagasi yang telah didaftar masuk ataupun bagasi kabin semasa dalam perjalanan. Dengan Perlindungan Perjalanan Chubb, sekiranya bagasi atau barangan peribadi anda rosak atau hilang semasa dalam perjalanan, anda boleh menerima bayaran pampasan sehingga RM2,500.

 

4. Anda dipaksa membatalkan perjalanan disebabkan keadaan yang tidak dapat dijangka

^Pernah menangis penuh penyesalan kerana terpaksa membazir beribu-ribu ringgit untuk membatalkan percutian anda yang tidak dilindungi oleh insurans perjalanan?

Dengan adanya insurans perjalanan, anda tidaklah mengalami kerugian sepenuhnya. Jika anda tidak boleh menyertai perjalanan tersebut disebabkan keadaan yang tidak dapat dijangka seperti penyakit mengejut, kecederaan, atau penerbangan anda dibatalkan kerana terdapat rusuhan atau bencana alam, anda akan menerima pulangan di antara RM3,500 sehingga RM8,000, bergantung kepada pelan insurans anda.    

 

5. Bagasi anda yang didaftar masuk melencong ke tempat lain dan lambat tiba

Maka bermulalah penantian anda di situ, di kawasan Tuntutan Bagasi. Satu persatu penumpang telah mengambil bagasi mereka, tetapi bagasi anda tak juga kunjung tiba. Sekarang, anda terkandas tanpa baju ataupun berus gigi.

Sekiranya bagasi anda tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya dalam tempoh enam jam selepas ketibaan anda, anda boleh menuntut sehingga RM500, cukup untuk membantu anda menanggung perbelanjaan barangan keperluan seperti pakaian tambahan, kelengkapan mandian dan keperluan harian lain sehingga anda mendapat bagasi anda semula. Fuh.

 

6. Anda memerlukan bantuan perubatan (minta simpang lah ye!)

Ouch.
Sekiranya anda memerlukan rawatan perubatan atau kemasukan ke hospital disebabkan kemalangan atau sebarang penyakit, sebagai pelancong asing anda boleh dikenakan bil yang melambung tinggi. Waktu ini memang sah terasa seperti menabur garam ke atas luka sendiri.

Jika anda dilindungi oleh insurans perjalanan, anda boleh dibiayai sehingga RM100,000 (bergantung kepada pelan insurans anda). Ini termasuk pemindahan perubatan kecemasan, sekiranya anda perlu dibawa ke hospital lain.

Dapatkan perlindungan walaupun anda telah tiba di rumah! Tahukah anda bahawa terdapat pelan yang juga termasuk insurans perubatan selepas perjalanan? Contohnya, anda demam semasa sedang bercuti dan masih belum sembuh setelah tiba di Malaysia. Dengan insurans perjalanan ini, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan selepas perjalanan anda*.

*tertakluk pada Terma & Syarat.

 

7. “Samsung S10 saya pun?!” Semua alat elektronik anda telah dicuri/hilang

Ish, seram sejuk pula memikirkannya! Kehilangan barangan peribadi termasuk telefon pintar, kamera dan komputer riba adalah mimpi ngeri setiap manusia kerana untuk menggantinya bukanlah murah.

Dengan insurans perjalanan, masih ada harapan. Sama ada anda kehilangan telefon, beg dan komputer (ya, termasuklah MacBook anda yang mahal itu!) ataupun barang tersebut telah dicuri, tidurlah dengan lebih tenang kerana anda dilindungi sehingga RM500 bagi setiap barang dengan jumlah maksimum RM2,500.

 

8. Perjalanan anda dilindungi dari awal sampai habis

Perkara yang tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa saja, pada bila-bila masa. Jika kejadian buruk berlaku semasa perjalanan anda, insurans untuk penerbangan pergi-balik akan memastikan perjalanan anda dilindungi dari mula hinggalah anda selamat tiba di rumah. Bercutilah dengan tenang, kerana anda tahu yang anda dilindungi dalam apa jua keadaan untuk 45 hari pertama perjalanan anda ke mana saja kecuali dinyatakan sebaliknya.

_________________________________________________________________________

 

Jangan menyesal di kemudian hari – bersedialah dengan Perlindungan Perjalanan Chubb, boleh didapati apabila anda menempah penerbangan melalui Traveloka. Untuk maklumat lanjut, termasuk ungkapan polisi, pastikan anda membaca: https://www.traveloka.com/ms-my/insurance/malaysia

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share